Tuesday, 5 September 2017

Kerana Keunikan Mata Seorang Penjenayah, Dia Akhirnya Dilamar Menjadi Model Terkenal


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Mekhi Alante Lucky, seorang penjenayah yang ditangkap polis di atas kesalahannya memandu kereta yang dicurinya serta memandu melebihi had laju.

Dia ditawarkan menjadi model untuk sebuah agensi peragaan di Atlanta selepas gambar 'mugshot' miliknya jadi tular di seluruh media sosial, malah dia sendiri langsung tidak menyangkan kejadian tersebut akan merubah keseluruhan hidupnya yang menjanjikan kejayaan di masa depan.


Lucky, itulah namanya yang dikatakan membawa tuah selepas Lucky sendiri telah berjaya menyelamatkan dirinya daripada dimasukkan ke penjara pada bulan Mei tahun lepas. Walau bagaimanapun, dikatakan sering ditahan polis disebabkan beberapa kesalahan lain yang dilakukannya selepas itu.

Lucky juga dikatakan pernah didakwa di atas kesalahan mengasari wanita dan juga pegawai awam serta turut melanggari hukuman parol pada April sehingga Disember pada tahun 2016.

Biarpun, Lucky mempunyai sejarah silam yang tersendiri dan dikatakan sangat bermasalah, semua itu langsung tidak menghalang niat Agensi Peragaan St Clair di Atlanta bagi mendapatkan khidmat Lucky serta turut menandatangani kontrak sebagai seorang model agensi itu.

Berikutnya beberapa gambar milik Mekhi Alante Lucky yang telah didedahkan kepada umum dari Lipstick Alley.







Seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai 'Wake Mugshot' bertanggungjawab memperkenalkan diri Luckyi terhadap umum selepas gambar Mugshot tersebut telah tersebar di media sosial secara meluas.

Lucky kini telah mempunyai satu perkerjaan terbaru iaitu seorang model fesyen dan sepatutnya harus berterima kasih kepada pengendali akaun Twitter tersebut kerana dialah Lucky kini dikenali di seluruh dunia.

Berikutnya adalah gambar Lucky yang dikatakan sebelum beliau menjadi model terkenal.


Lucky mempunyai ketinggian 1.77M dan memiliki warna mata yang unik iaitu warna berlainan dengan biru dan perang serta keunikan wajahnya telah menarik perhatian netizen sehinggakan dia kini digelar sebagai 'Prison Bae'. - www.koleksiviral.com

Monday, 4 September 2017

Kerana Merajuk Dengan Suami, Isteri Bertindak Duduk Atas Bonet Kereta Tanda Tidak Izinkan Suaminya Keluar Rumah


Setiap isteri mempunyai cara yang tersendiri bagi menghalang si suami daripada keluar rumah selepas si suami sering meninggalkan si isteri dengan kerap bersama anak-anak di rumah.

Seorang isteri di China dikatakan merajuk diri selepas bertengkar dengan suaminya lalu mengambil tindakan dengan duduk di atas bonet kereta bagi menghalang si suami keluar dari rumah. Si isteri tetap duduk biarpun si suami memandu kereta berkenaan walaupun menyedari isterinya berada di atas bumbung kereta.

Menurut laporan laman web, People Daily Online, kejadian yang agak melucukan itu berlaku di satu wilayah Shaanxi, dan tindak wanita terbabit berbuat demikian adalah bertujuan bagi menghalang suaminya yang sering keluar rumah tanpa persetujuannya.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan terus memandu sehingga beberapa ratus meter sebelum memberhentikan keretanya.


Menurut siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, pasangan suami isteri terbabit sering bertengkar berkaitan dengan masalah rumah tangga mereka.

Pihak polis juga turut mengeluarkan saman terhadap si suami memandangkan telah membuat kesalahan kerana dikatakan telah mengundang bahaya dan turut membahayakan nyawa isterinya itu yang tetap duduk di atas bonet kereta malah dia dikatakan langsung tidak menghiraukan tentang keselamatan isterinya. - www.koleksiviral.com

Thursday, 31 August 2017

VIDEO Dua Doktor Bertengkar Ketika Lakukan Pembedahan Caesar Bayi Pertama Yang Ditunggu Pesakit, Akhirnya Meninggal Dunia


Satu rakaman video yang memaparkan dua orang doktor sedang melakukan pembedahan bagi mengeluarkan seorang bayi dari rahim ibunya yang kelihatan seperti berperang mulut sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut jadi tular di media sosial.

Menurut laporan Mirror, dalam kejadian yang berlaku pada 30 Ogos itu, doktor Ashok Nainwal dan doktor Tak dikatakan saling bertengkar selama lebih kurang 30 minit di ruangan bilik bedah di Hospital Umaid, Jodphur, Rajasthan, India Barat.

Walaupun keduanya menyedari mereka sedang menjalani tanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi pertama seorang ibu muda yang bernama Anita Singh itu, mereka kelihatan seperti tidak mempedulikannya malah terus bertengkar.


Difahamkan, punca pertengkaran itu dikatakan dimulakan dengan pertanyaan doktor Naiwal berkaitan dengan pesakitnya itu sama ada pesakit terbabit sudah makan atau pun tidak sebelum melakukan pembedahan caesar tersebut.

Kemudiannya, doktor Tak dikatakan telah meminta seorang doktor muda supaya memberikan ubat bius kepada pesakit tersebut sebelum menjalankan pembedahan caesar. Tetapi tindakan tersebut tidak dipersetujui oleh doktor Nainwal sehingga berlakunya pertengkaran antara mereka selama pembedahan itu dilakukan.

Pertengkaran antara mereka berdua dikatakan telah berlanjutan selama lebih kurang 30 minit dan doktor-doktor lain juga turut dilihat cuba untuk meleraikan pergaduhan diantara kedua-dua doktor berkenaan sambil mengingatkan bahawa mereka sedang membuat pembedahan yang membabitkan jantung janin yang lemah.

Walau bagaimanapun, cubaan rakan doktor yang lain didapati gagal dan mereka terus bertengkar tanpa mempedulikan nasihat daripada doktor yang lain sehingga menyebabkan bayi pertama ibu muda berkenaan meninggal dunia selepas beberapa saat ianya dilahirkan.


Rakaman video tersebut turut menarik perhatian netizen di seluruh dunia dengan rata-rata diantara mereka amat mengecam tindakan doktor-doktor tersebut yang disifatkan sebagai tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul.

Sehingga kini kes tersebut sedang disiasat oleh pihak polis dan kedua-dua doktor berkenaan dipercayai diberhentikan dengan serta merta. - www.koleksiviral.com

Saturday, 26 August 2017

Remaja Terlanjur Ditinggalkan Kekasih Selepas Hamil & Melahirkan Anak Di Tepi Jalan

INDIA - Seorang remaja perempuan dipercayai begitu terpaksa melahirkan anak di tepi jalan apabila dikatakan selepas kakitangan sebuah pusat perubatan langsung tidak mahu membantunya untuk bersalin.

Laporan Daily Mail menyatakan, remaja terbabit berusia 17 tahun itu dari Saraikela, Daerah Khaesawan, di Jharkland, timur India dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang juga berasal dari kampung yang sama apabila dia telah disahkan mengandung ekoran perhubungannya dengan lelaki terbabit.

lahir anak di tepi jalan

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit yang tidak didedahkan identitinya didapati meninggalkan teman wanitanya itu selepas remaja perempuan berkenaan mengatakan bahawa dia kini sedang hamil.

Yang lebih menyedihkan lagi, keluarga remaja berkenaan turut tidak mahu membantunya kerana mementingkan maruah keluarga yang akan tercalar sekiranya menolong remaja tersebut. Remaja perempuan itu akhirnya telah dihalau dari rumah keluarganya selepas mereka tidak dapat menerima bahawa dia kini sedang hamil anak luar nikah.

Menurut sumber, mereka melihat sendiri remaja tersebut telah menjadi gelandangan lebih dari 4 bulan selepas perkara tersebut berlaku terhadapnya.

Namun, Isnin lalu, pada jam 7 petang, remaja malang itu dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan anak dan dipercayai turut pergi ke sebuah pusat perubatan tempat di Hospital Chandil bagi mendapatkan bantuan memandangkan dia sedang sarat hanya menanti masa untuk bersalin.


Lebih malang lagi, apabila kakitangan hospital terbabit dikatakan enggan memberi sebarang bantuan serta tidak mahu menerimanya dengan alasan remaja berkenaan tidak ditemani oleh penjaganya.

Walau bagaimanapun, pada jam 5 pagi pada keesokkan harinya, remaja itu dikatakan telah melahirkan seorang bayi perempuan di tepi jalan yang berdekatan dengan hospital tersebut yang jaraknya hanya 30 meter.

viral bersalin di khalayak ramai

Seorang lelaki dikatakan telah memberikan bantuan kepadanya selepas melihat keadaan remaja tersebut yang dipenuhi dengan darah manakala bayinya masih lagi bertali pusat.

Penduduk tempatan di situ turut berkata, si ibu dan bayinya dilihat terbaring kesakitan di jalan raya dan dia telah bertindak menjaga remaja berkenaan bersama bayinya agar tidak dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan berkenaan yang disifatkan amat memberhaya.

Difahamkan, seorang lelaki turut pergi ke hospital berdekatan bagi mendapatkan bantuan, malangnya pihak hospital terbabit masih lagi enggan menghulurkan bantuan. Menurutnya, mereka tidak dapat membantu memandangkan remaja terbabit tidak mempunyai penjaganya yang sepatutnya datang bersama dengannya. Selepas itu, lelaki terbabit dikatakan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis demi mendapatkan keadilan.

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, pegawai perubatan dari hospital berkenaan yang dikenali sebagai Doktor Lakhindra datang untuk membuat pemotongan uri bayi remaja terbabit.

Lelaki tersebut yang bertindak menolong remaja berkenaan yang bernama Om Prakash dikatakan telah menyewa sebuah kereta sewa untuk membuat penghantaran kedua beranak tersebut ke Hospital Chandil selepas dikatakan sekumpulan wanita telah berjaya mendaftarkan remaja terbabit bersama anaknya di hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan lanjut.

hospital enggan bantu

Doktor Lalita Kashyap dari hospital tersebut berkata, ketika kejadian itu hanya dua jururawat yang bertugas di hospital yang sedang sibuk menyambut kelahiran bayi kembar apabil mereka dimaklumkan tentang kes remaja terbabit, dan ada berlaku sedikit kekeliruan di sini dan pihak hospital dikatakan akan membuat penyiasatan, katanya.

ketika di hospital

Remaja perempuan tersebut bersama anaknya dilaporkan dalam keadaan stabil dan turut dipindahkan ke pusat pelindungan wanita di Mahila Suraksah Griha, di Jharkland. Doktor tersebut juga dikatakan turut memaklumkan tentang remaja terbabit kepada kedua ibu bapanya dan turut mengharapkan mereka dapat menerima remaja perempuan tersebut. - www.koleksiviral.com

Wednesday, 23 August 2017

Kereta Diletakkan Atas Bumbung Sebagai Pengajaran Kepada Pemandu Wanita Yang Degil Tidak Bayar Kos Parking


Sebuah syarikat pengurusan harta telah mengejutkan ramai netizen apabila menggunakan cara yang amat luar biasa bagi 'mengajar' seorang pemandu yang masih berdegil untuk membuat pembayaran parkir di timur laut China, pada Selasa lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di Benxi, wilayah Liaoning itu, pemandu kereta terbabit dikatakan enggan membuat pembayaran parkir apabila seorang pengawal keselamatan memintanya berbuat demikian sepertimana semua pemandu kereta lakukan sekiranya ingin memarkir kereta di situ.

Walau bagaimanapun, pemandu wanita tersebut dilihat telah bertengkar dengan pengawal keselamatan berkenaan dan kemudiannya tanpa rasa bersalah dia meninggalkan keretanya itu di luar pondok keselamatan dan beredar dari lokasi kejadian.

Ekoran tindakan wanita itu, laluan masuk didapati terhalang kerana keretanya yang menyebabkan kesukaran kenderaan lain yang ingin memasuki ke kawasan berkenaan, lapor News Youth & Sydney Today.







Menurut Mstar, akibat berang dengan tindakan pemandu wanita terbabit, pihak pengurusan kawasan tersebut dipercayai telah mengupah sebuah tren untuk mengangkat kereta wanita tersebut serta meletakkan kereta berkenaan di atas bumbung di pondok keselamatan dengan niat sebagai pengajaran kepada pemandu yang sombong itu.

Pemandu wanita berserta dengan wakil dari syarikat pengurusan tersebut dikatakan telah menyelesaikan pertelingkahan tersebut di sebuah balai polis berdekatan.

Selepas perkara itu dibincangkan dengan penyelesaian yang baik, akhirnya kereta wanita terbabit diturunkan semula, namun tidak dapat dipastikan sama ada wanita terbabit telah membayar kos parkir tersebut.  - www.koleksiviral.com

Kerana Tergigit Bibir Teman Wanita Sehingga Cedera Sewaktu Bercium Dalam Bas, Lelaki Tuntut Ganti Rugi Dari Pemandu

Apabila bercinta semuanya indah belaka sampaikan kesilapan diri sendiri tak akan nampak dan akan menyalahkan orang lain kerana ingin menutup kesalahan diri yang sememangny jelas terbukti.


Memetik laporan World Of Buzz, perkara inilah yang berlaku di Hebei, China, selepas sepasang kekasih menunjukkan kemesraan mereka dengan bermesraan serta bercumbu di atas bas ketika sedang bergerak dalam perjalannya sehinggakan ianya mengundang rasa tidak senang orang ramai yang menyaksikan gelagat mereka di depan mata.

Tindakan mereka itu seolah-olah merasakan hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bas berkenaan dan terus bercumbuan tanpa mempedulikan orang ramai di sekeliling sehingga tiba je destinasi yang ingin ditujui.

Sumber Chinapress
Setelah sampai di perhentian bas, pasangan berkenaan telah membuat aduan kepada pemandu bas terbabit bahawa pasangan lelakinya dikatakan telah mencederakan dan tergigit bibirnya dengan secara tidak sengaja sewaktu mereka bercumbu di dalam bas ketika bas tersebut bergerak.

Lelaki berkenaan turut mempersoalkan cara pemanduan pemandu tersebut yang menyebabkan dia tergigit bibir teman wanitanya sehingga mengeluarkan darah akibat cedera. Dia turut bertanyakan bagaimana pemandu tersebut memandu serta bertanya apa yang harus dia lakukan selepas insiden tersebut berlaku.

Wanita itu juga terus menerus menyalahkan pemandu berkenaan dan meminta pemandu terbabit bertanggungjawab di atas apa yang telah berlaku dan mengatakan jika bukan kecuaian pemandu tersebut bibirnya pasti tidak terluka dan berdarah.

Sumber Wikipedia
Pasangan tersebut juga dikatakan telah meminta pampasan dan bayaran bil hospital dari pemandu terbabit kerana beranggapan semua yang berlaku adalah kesilapan pemandu bas yang menyebabkan wanita tersebut cedera di bibirnya.

Walau bagaimanapun, difahamkan, pemandu bas tersebut dikatakan tidak melayan segala permintaan pasangan tersebut dan menganggap semua yang berlaku adalah mengarut dan merepek. - www.koleksiviral.com

Tuesday, 22 August 2017

Lelaki Kejam Mengelar Leher Teman Wanita Dikenali Di Facebook Kerana Komen Tidak Pandai Lakukan Hubungan Intim


Kenalan yang dikenali melalui media sosial turut mempunyai risiko sepertimana mengenali seseorang di dunia luar apabila setiap orang yang dikenali itu tidak semestinya sama apa yang kita sangkakan sama ada baik atau pun tidak.

Sekiranya kita mengenali orang yang baik dari media sosial seperti Facebook kita bernasib baik tetapi jika sebaliknya pasti sesuatu yang tidak baik akan berlaku yang harus kita hadapi.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita apabila mengenali seseorang lelaki melalui media sosial, dia akhirnya dibunuh ketika pada temujanji pertama kali dengan alasan kerana tidak pandai melakukan hubungan intim.

Foto Coconuts
Memetik laporan Coconuts, lelaki berkenaan dipercayai warganegara Thailand telah mengaku membunuh kenalan yang dikenalinya menerusi Facebook kerana dikatakan akibat wanita terbabit mengutarakan komennya bahawa lelaki tersebut tidak pandai melakukan hubungan intim sewaktu mereka sedang bersama.

Lelaki itu, Natthan Raknui, 23, dipercayai telah membunuh Jirapron Theppaya, 22, di sebuah ladang getah berdekatan dengan terusan yang dikenali sebagai Prawk Suwan.

Melalui laporan polis, Natthan menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan di Facebook semenjak Julai lalu dan setelah dua bulan bercinta secara jarak jauh, mereka kemudiannya membuat temujanji untuk pertama kali. Natthan kemudiannya dikatakan menaiki van awam dari wilayah Phatthalung untuk menemui wanita yang dicintainya itu Songkhla pada 12 Ogos lalu.

Difahamkan, Natthan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyewa bilik hotel lalu mengambil keputusan menaiki motosikal milik Jirapron dan terus menuju ke ladang getah untuk melakukan hubungan bersama wanita berkenaan.

Foto Matichon
Akibat marah dan berang dengan komen wanita berkenaan yang mempertikaikan kelemahannya sewaktu berhubungan, lelaki tersebut dipercayai bertindak mengelar leher wanita itu serta melarikan diri bersama motor milik wanita tersebut yang kemudiannya dijual dengan harga THB 7,000 (RM900).

Kejadian yang menyayat hati itu akhirnya terbongkar apabila polis menemui mayat Jirapron pada 15 Ogos lalu melalui perbualan wanita tersebut serta rakaman video melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Natthan akhirnya ditahan di Takungan Pabon di Phatthalung, iaitu di lokasi yang menunjukkan dia sering berkongsi lokasinya di laman Facebook. - www.koleksiviral.com

Saturday, 19 August 2017

(VIDEO) Isteri Memang Sangat Cantik Tapi Suami Masih Lagi 'Makan Luar', Kenapa??


THAILAND - Isteri memang dah sangat cantik tapi si suami masih lagi ingin mencari wanita lain untuk bersama. Kenapa? Apakah kekurangan pada si isteri? Mesti ada sesuatu yang tidak kena.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikatakan telah berjaya menemui suaminya setelah beberapa hari suaminya itu tidak pulang ke rumah, rupa-rupanya sedang bercinta dan bersama-sama dengan wanita lain.

Menurut sumber, si isteri dikatakan telah mencari si suami telah beberapa hari dan akhirnya dapat ditemui selepas dibantu oleh rakanya yang menaiki motosikal apabila terserempak dengan kereta suaminya itu berdekatan dengan sebuah restoran.

Tanpa membuang masa si isteri kelihatan terus menuju ke arah kereta tersebut dan mendapati ada seorang wanita di dalam kereta, lalu mengetuk tingkap kereta dan meminta wanita terbabit membukanya.

Selepas tingkap dibuka, isteri malang tersebut dilihat menarik wanita itu keluar, malangnya cubaannya tidak berjaya namun belia dapat merampas beg tangan wanita berkenaan, Si isteri terkejut apabila mendapati beg tangan wanita tersebut mempunyai beberapa kondom yang dipercayai akan digunakan wanita terbabit untuk bersama dengan suaminya, malah turut pil perancang turut ada bersama.

Selepas beberapa minit, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam datang daripada belakang dan menghalang isterinya dari terus menyerang teman wanitanya itu sebelum masuk ke dalam kereta serta beredar dari tempat berkenaan.


Menerusi terjemahan seorang netizen yang dipercayai memahami apa yang dituturkan oleh mereka adalah seperti berikut;

Lelaki berkenaan adalah suaminya. Dia pergi kepada perempuan tersebut dan bertanyakan ke mana dia mahu pergi tetapi perempuan tersebut berkata tidak pergi ke mana-mana.

Kemudiannya, isteri tersebut berkata, perempuan itu menipu dan meminta dia menunjukkan wajahnya. Malah si isteri turut bertanyakan namanya dan meminta untuk melihat apa yang terkandung di dalam beg tangannya itu.


Kemudiannya, suami wanita tersebut datang dan berkata "apa yang dibuatnya serta bergegas masuk ke dalam kereta. Si isteri berkata, tak mengapa, kau akan kena dengan aku nanti apabila berada di rumah."

Rata-rata netizen yang mengikuti dan menonton perkongsian rakaman video berkenaan menyifatkan lelaki terbabit tidak bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat cantik dan masih lagi mencari wanita lain.

Sehubungan itu, mereka berpendapat, kecantikan seseorang wanita belum tentu dapat membuatkan seorang suami itu dapat setia bersama isterinya. - www.koleksiviral.com

Friday, 18 August 2017

Kerana Mencuri Seluar Dalam Wanita, Seorang Lelaki Ditahan Ingin Beri Hasil Kecurian Kepada Kekasih Hati


Orang zaman sekarang semakin pelik cara dan kelakuannya. Apa yang seronoknya apabila seluar dalam pun ingin dicurinya. Apa yang nak dibuat dengan benda sebegitu? Walau bagaimanapun, alasan yang diberikan apabila ditanya mengapa berbuat demikian amat mengejutkan.


Menurut laporan dari Coconuts dan TNews, seorang lelaki warga Thai didakwa telah mencuri seluar dalam wanita yang dikatakan sedang dijemur di bawah cahaya matahari berhampiran sebuah hospital di daerah Udon Thani.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Narin Praserkaew, 38, telah ditahan oleh pengawal keselamatan di mana ketika itu lelaki terbabit sedang memegang empat helai seluar dalam jenis nylon yang dikatakan milik salah seorang pesakit di Hospital Udon Thani.



Suspek dipercayai pernah bertugas di sebuah stesen minyak dua bulan lepas hidup melarat dan seringkali meminta makanan di hospital. Namun hari ini, nasibnya berubah setelah melihat seluar dalam pelbagai warna tersebut di ampaian sehingga membuatkannya teringatkan akan kekasih hatinya yang dipercayai berbangsa Laos.




Disebabkan seluar dalam teman wanitanya itu berlubang, dia dikatakan telah mengambil risiko apabila mencuri beberapa helai pakaian tersebut untuk kekasih hatinya, supaya kekasih yang dicintainya itu boleh memakai pakaian dalam yang cantik dan indah.

“Saya mencurinya untuk kekasih saya. Seluar dalamnya ada lubang di bahagian punggung,” kata Narin kepada pihak polis Thai.

Walaupun begitu, Narin telah bersumpah yang dia tidak ada niat untuk melakukan perkara terkutuk dengan pakaian dalam yang dicurinya itu. Menurutnya dia elum pernah lagi melakukan perkara jenayah seperti ini. - www.koleksiviral.com

Thursday, 17 August 2017

Kerana Pesawat Air Asia Tertunda, Penumpang Dihiburkan Dengan Aksi Comel Seorang Pramugari Yang Kini Tular


Mereka yang sering menggunakan perkhidmatan kapal terbang sebagai pengangkutan utama pati biasa menghadapi saat sukar ketika jadual penerbangan ditangguhkan di atas sebab-sebab tertentu yang menyebabkan penumpang terpaksa menunggu dalam kadar masa yang terlalu lama sehinggakan bosan untuk menunggu.

Tetapi, bagi penumpang yang ketika itu dalam perjalanan dari Hong Kong ke Bangkok dengan menggunakan pesawat Air Asia mungkin tidak akan merasa keperitan menunggu kerana Air Asia pada masa ini dikatakan sangat mesra pengguna yang begitu mementingkan para penumpangnya.

Baru-baru ini, seorang penumpang pesawat terkenal itu, Kornchanol Benchapongsa telah memuat naik rakaman video bagaimana seorang pramugari yang comel telah berjaya menghiburkan para penumpang yang dipercayai terkandas dengan nyanyiannya yang bersahaja.

Rakaman video itu dapat dilihat ketika sebelum pramugari terbabit memulakan nyanyian, kelihatan seorang pramugara membuat pengumuman melalui interkom bahawa mereka ada satu kejutan untuk semua penumpang.

Tanpa berlengah lagi, pramugari terbabit memulakan nyanyiannya diikuti dengan alunan muzik dari telefon bimbit miliknya.


Lagu pertama yang disampaikannya merupakan satu lagi berbahasa Thai yang begitu rancak khas ditujukan kepada penumpang warga Thailand yang diakhiri dengan satu senyuman yang manis begitu memukau penumpang pesawat terbabit dan semua penumpang kelihatan menepuk tangan tanda gembira.


Melalui rakaman kedua menunjukkan pramugari itu menyanyikan sebuah lagu Inggeris yang dinyanyikan penyanyi asal Jason mraz, I'm Yours, dan para penumpang dilihat begitu teruja serta gembira dengan persembahan yang disampaikan oleh pramugari wanita terbabit.

Rakaman video tersebut juga kini jadi tular dan menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji tindakan dan kebolehan pramugari tersebut kerana mampun menghiburkan penumpang pesawat Air Asia. - www.koleksiviral.com

Tuesday, 15 August 2017

(VIDEO) Kejam! Wanita Ugut Suami Gantung Anak Hidup-Hidup Sekiranya Suami Enggan Jawab Panggilan Telefon


Ibu bapa bertanggungjawab melindungi anak-anak mereka, sekiranya bukan ibu dan bapa yang menjaganya siapa lagi yang perlu diharapkan?

Itulah yang berlaku kepada seorang bayi malang ini apabila dia menjadi mangsa di atas kekejaman ibunya sendiri yang dikatakan telah bertindak mencekiknya serta menggantungnya di leher.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bangkok, Thailand yang kini jadi tular dan tersebar secara meluas di media sosial selepas satu akaun Facebook yang bernama Social Hunter bertanggungjawab memuat naik rakaman video berkenaan beberapa hari lalu.

Melalui rakaman video yang berdurasi lebih dari satu minit itu, dapat dilihat seorang wanita yang kelihatan sedang marah diikuti bunyi tangisan seorang bayi yang dipercayai anaknya di belakang wanita berkenaan.

"Sekiranya kau tak ambil anak ini atau kau tak jawab panggilan telefon aku, aku akan bunuh dia. Dia masih hidup kerana aku benarkan dia hidup".

Kemudiannya, beberapa saat setelah itu, wanita terbabit didapati mengangkat anaknya dengan kasar serta menggunakan tali yang telah diikat di lehernya.


Difahamkan, perkara itu terjadi berpunca daripada keengganan suaminya yang dikatakan langsung tidak mahu menjawab panggilan telefon dari isterinya itu.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video ini turut mengecam tindakan kejam wanita terbabit dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita tersebut dengan segera.

Memetik laporan Bangkok Post, semuanya berlaku disebabkan faktor desakan hidup serta tekanan jiwa yang dialami wanita terbabit kerana didapati mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. - www.koleksiviral.com

Monday, 14 August 2017

Kerana Jatuh Cinta Lelaki Jepun Ini Membawa Pulang Motor Honda EX5 Ke Negara Asalnya

Setiap orang mempunyai hobi dan minat yang tersendiri sehingga sanggup melakukan apa saja demi mencapai impian terhadap sesuatu yang diminati itu.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki Jepun yang begitu meminati dan telah jatuh cinta terhadap motosikal jenis Hinda EX5 keluaran Malaysia.


Beberapa gambar motosikal milik lelaki berkenaan yang menggunakan nombor pendaftaran PKE 5703 dilihat bersiar-siar di sekitar bandar di negeri matahari terbit itu sehingga menjadi perbualan netizen di media sosial.

Menurut laporan Mstar, pemilik motosikal tersebut yang bernama Koji Yasumatsu, 48, dikatakan langsung tidak mengetahui tentang gambarnya yang kini tular sehinggalah dia dihubungi wakil media.

Menurut lelaki itu, ramai netizen di Facebook yang menyedari akan kewujudan motosikal berwarna merah itu, malah dia turut memuat naik beberapa motosikalnya itu sebelum ini dan kali terakhir pada 2015 lalu.






Menurut Koji lagi, ramai netizen yang ingin berkawan dengannya dan dia sendiri tidak tahu tentang motornya yang kini viral di Malaysia.

Koji kini menetap di Saitama, Jepun dan pernah bertugas di syarikat Boon Siew Sdn Bhd, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan pada tahun 2011 sehingga 2015. Koji turut mengambil keputusan untuk membawa motosikal miliknya itu pula ke negara asalnya kerana baginya motosikal tersebut banyak menyimpan kenangan manis dan indah sepanjang dia bersama keluarhanya berada di Malaysia.

Menurut Koji, dengan motosikal EX5 itulah dia pergi ke Thailand dan mengembara hampir ke semua negeri di semenanjung Malaysia berseorangan. Manakalah, anak lelakinya juga, Hiroki, 20, turut menyayangi motor berkenaan dan sesekali akan menunggangnya.

Motosikal tersebut dibeli oleh Koji pada tahun 2011 dengan harga kira-kira RM4,000. Pada waktu itu beliau melihat begitu ramai orang Malaysia yang menggunakan EX5, lalu Koji ingin mencuba menunggangnya kerana motosikal tersebut belum ada di Jepun, katanya.

Biarpun telah dua tahun berlalu Koji meninggalkan Malaysia, lelaki Jepun yang amat meminati durian dan mi goreng ini menyatakan bahawa motosikal berkenaan masih lagi dalam keadaan baik sehingga kini dan tidak pernah 'buat hal'.





Menariknya, Koji dikatakan tidak pernah menanggalkan nombor pendaftaran PKE 5703 itu walaupun dia telah membuat nombor pendaftaran yang sah untuk kenderaan itu di negara tempat tinggalnya.

Koji juga dilaporkan masih lagi mengekalkan pelekat yang berwarna hujau bersama tulisan, 'Mak Hang Beranak Hang Tang Mana', di bahagian hadapan motosikal itu yang kini menarik perhatian netizen.

Koji juga memberitahu selepas beliau menetap semula di negaranya itu, dia belum pernah melihat motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi oleh sesiapa di Jepun dan kerana faktor itu juga menyebabkan dia begitu menyayangi kenderaan tersebut dan tidak bercadang untuk menjualnya. - www.koleksiviral.com