Ibu Mencekik Anak Autisme Sehingga Mati Dengan Alasan Tidak Lagi Mampu Menjaganya

Membela anak autisme adalah satu cabaran besar kepada ibu bapa yang menjaganya terutama memberi didikan kepadanya. Walau bagaimanapun, dugaan dan cabaran ketika menjaganya tidak harus dijadikan alasan mengapa kita perlu berputus asa.


Itulah yang berlaku di Bangkok, Thailand apabila seorang ibu tunggal yang mempunyai anak autisme dipercayai mencekik anak perempuannya itu sehingga mati selepas mengakui tidak lagi mampu untuk menjaganya.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu selepas wanita terbabit dikatakan telah berhenti kerja sebagai seorang pembantu rumah. Dia kemudiannya pulang ke rumah lalu bertindak mencekik anaknya itu dengan menggunakan sehelai kain pada kira-kira jam 9 pagi di hari yang sama.


Menurut Penolong Inspektor Thung Song Hong, Leftenan Ukrit Suthirapong dan beberapa pegawai lain segera bergegas ke lokasi kejadian apartment milik Yolawadee Suasermsiri, 52, pada jam 3 pagi selepas wanita itu sendiri melaporkan kejadian tersebut.

Wanita itu memaklumkan kepada polis bahawa dia juga mempunyai niat untuk membunuh dirinya sendiri selepas berbaring di sebelah mayatnya anaknya itu selepas meminum 3 tin minuman keras. Tetapi malangnya, hasratnya terbantut apabila dia dikatakan termuntah semula segala minuman yang diminumnya itu.

Gambar hiasan
Anak Yolawadee yang menghidap autisme itu tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi untuk menjaga diri dan dia juga seringkali ditinggalkan dalam keadaan rumah berkunci di apartmen selepas ibunya itu keluar berkerja.

Menurut Yolawadee, semenjak kematian suaminya dia terpaksa menjaga anaknya itu bersendirian tanpa sebarang bantuan dari sesiapa pun. Disebabkan itu dia tidak lagi mampu untuk menjaga dan merasa tertekan dengan keadaan itu sehingga dia mengambil 2 biji pil Diazepam untuk tidur pada setiap malam.

Gambar hiasan
Yolawadee juga dikatakan telah beberapa kali berniat untuk membunuh anaknya itu dan anaknya juga tidak lagi disekolahkan kerana gangguan mental yang dihadapinya. Sejak dari hari itu anaknya itu menerima rawatan dari Institut Rajankul.

Inilah yang dikatakan tekanan perasaan dan tekanan hidup yang harus dilalui oleh setiap orang sekiranya terdedah dengan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan sendiri. Semoga kita semua bijak berfikir dan membuat keputusan yang betul agar tidak berlaku perkara yang sama terhadap diri kita sendiri. - www.koleksiviral.com

(VIDEO) Wanita Berang Menendang Seorang Lelaki Selepas Menggesel Alat Sulitnya Di Kaki Dalam Bas


Akibat melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap seorang wanita ketika berada di dalam bas awam, seorang lelaki ditahan polis selepas perbuatannya itu disedari oleh mangsa yang juga penumpang bas.

Kejadian itu berlaku di dalam sebuah bas di daerah Luoyang, Wilayah Henan, China, di mana suspek dikatakan pada mulanya sedang duduk di tempat duduknya, namun akhirnya bangun sebelum berjalan dan berdiri secara berhadapan dengan seorang wanita yang sedang duduk sambil melihat telefon pintarnya.

Lelaki berkenaan kemudiannya dilihat melakukan perbuatan jahatnya itu dengan menggeselkan alat sulitnya itu ke kaki wanita tersebut.

Selepas menyedari dia diperlakukan sebegitu, wanita itu kelihatan berang sebelum bertindak menendang suspek yang kelihatan bersahaja seolah-olah tiada apa-apa yang sedang berlaku. Manakala, semua penumpang yang menyedari akan kejadian itu dilihat memandang ke arah suspek.


Ekoran kejadian yang amat memalukan itu, polis akhirnya menahan suspek setelah didapati bersalah di atas perbuatannnya itu selepas dihubungi oleh mangsa yang merasakan dirinya diperbodohkan.

Lelaki terbabit dikatakan akan ditahan selama 5 hari selepas perbuatannya itu menjadi satu kesalahan besar iaitu mencabul wanita di tempat awam. - www.koleksiviral.com

Akibat Mewarnakan Rambut, Wanita Ini Terpaksa Botak Selepas Kulit Kepalanya Melecur Teruk


Ianya menjadi seperti satu trend terbaru apabila segelintir wanita yang dikatakan amat menyukai mewarnakan rambut mereka dengan berbagai warna yang kelihatan seperti warna pelangi berwarna warni. Namun, bagi mendapatkan warna sebegitu adalah sangat sukar kerana hanya juru dandan yang berpengalaman sahaja dapat melakukannya.

Satu berita yang amat mengejutkan dilaporkan oleh portal News Ebc yang mengatakan seorang wanita di Sichuan, China, dikatakan telah terpaksa membotakkan kepalanya selepas kulit kepalanya itu dipercayai melecur selepas menggunakan pewarna rambut yang berwarna hijau.

Wanita malang tersebut dikenali sebagai Deng dikatakan telah mengunjungi sebuah salon rambut untuk mewarnakan rambutnya selepas begitu berminat dengan trend itu pada bulan Ogos lalu.

Proses untuk mewarnakan rambut tersebut dikatakan telah mengambil masa yang agak lama iaitu selama 7 jam dan perlu mewarnakan rambutnya itu sebanyak 4 kali. Kerana rambut asal wanita terbabit berwarna hitam pekat dan pendandan rambut tersebut memaklumkan kepada wanita itu rambutnya itu harus dilunturkan terlebih dahulu.


Ketika pada proses permulaan, pendandan rambut mengatakan rambut Deng tidak sekata dan perlu mewarnakan rambut sekali lagi. Pada ketika itu, Deng memaklumkan bahawa kulit kepalanya kelihatan seperti terbakar dan jawapan yang diberikan pendandan rambut itu ialah perkara itu terjadi kerana kesan yang biasa dan meminta wanita tersebut untuk menahan kesakitan yang dialaminya itu.

Selepas sebanyak 3 kali Deng mewarnakan rambutnya, wanita itu sekali lagi menyatakan bahawa kulit rambutnya merasa sangat sakti dan mengatakan kualiti pewarna rambut berkenaan tidak baik.

Namun, pendandan rambut berkenaan menafikannya serta terus mewarnakan rambut tanpa mempedulikan komen yang diberikan Deng. Setelah selesai proses mewarnakan rambut, agak mengecewakan Deng apabila warna rambut yang diinginkannya tidak sama dengan apa yang beliau inginkan.

Dek kerana tidak berpuas hati dengan warna rambutnya itu, Deng sekali lagi meminta juru dandan tersebut mewarnakan kembali rambutnya kepada warna hitam. Tetapi Deng tidak lagi dapat menahan rasa sakit yang dialaminya di kulit kepalanya sehingga menyebabkan dia menangis kerana tidak mampu menahan kesakitan.

Walau bagaimanapun, pendandan rambut tersebut meminta Deng menahan kesakitan itu, tetapi Deng tidak lagi mampu berbuat demikian. Pada jam 11 malam, wanita malang tersebut meminta anaknya datang ke salon itu untuk mengambilnya.

Akhirnya, juru dandan tersebut telah menyedari sesuatu yang tidak kena dengan kejadian tersebut dan terus bertindak dengan cepat mencuci rambut Deng yang telah diwarnakan itu tadi.


Deng akhirnya telah dikejarkan ke hospital pakar dan doktor telah mengesahkan Deng mengalami alahan yang sangat teruk akibat penggunaan pewarna rambut dan kulit kepalanya dikatakan hampir 40% hancur sama sekali.

Doktor pakar tersebut turut menasihatkan Deng agar membotakkan kepalanya kerana risau akan terdapat kesan sampingan yang akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya dibiarkan.

Wanita terbabit dikatakan telah terlantar di hospital selama 5 hari dan turut trauma akibat kejadian yang telah menimpa dirinya itu. Wanita itu juga telah membuat keputusan untuk menyaman salon rambut tersebut.

Walau bagaimanapun, salon tersebut dikatakan hanya ingin membuat pembayaran kepadanya untuk kos rawatan hospital sahaja tetapi tidak ingin bertanggungjawab ke atas kos-kos yang lain yang dihadapi oleh Deng. Kerana itulah Deng telah bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap salon rambut yang tidak betanggungjawab itu. - www.koleksiviral.com

Akibat Berang Dengan Bebelan Isteri, Suami Bertindak Menyepak Muka Isteri Sehingga Patah Dua Batang Gigi


Wanita adalah segalanya bagi seorang lelaki dan kecantikan serta kelembutannya berjaya memikat hati lelaki agar terus disayangi dan dicintai sehingga ke akhirnya. Namun, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki itu berdepan dengan seorang wanita yang sering membebel tidak mengira masa?

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia dikatakan tidak lagi mampu menahan sabar selepas isterinya membebel tidak mengira waktu yang menyebabkan dia terpaksa bertindak di luar jangkaan dengan menyepak muka isterinya sehingga gigi isterinya patah sebanyak dua batang.

Dalam kejadian yang berlaku pada 29 Ogos lalu di Jawa Timur itu, wanita yang dikenali sebagai Nem dikatakan sedang menanti kepulangan suaminya tercinta ke rumah mereka. Suami Nem dikatakan keluar rumah pada jam 9 malam dan akhirnya pulang selepas jam 2 pagi.


Sewaktu suaminya itu sampai di rumah, Nem dikatakan terus bertanyakan berbagai soalan seperti mengapa dia terlewat pulang ke rumah sehingga jam 2 pagi malah berbagai soalan yang diajukan Nem sehingga tercetusnya perang mulut diantara mereka.

Si isteri turut mengungkit mengapa suaminya langsung tidak membalas pesanan SMS yang dihantarnya. Dek kerana tidak dapat menahan bebelan si isteri malah lemas dengan berbagai soalan, lelaki terbabit bertindak memukul isterinya sehingga terjatuh sebelum dikatakan menyepak muka isterinya yang menyebabkan terkena mulut wanita itu.


Tendangan kuat si suami itu telah menyebabkan dua batang gigi depan milik wanita itu didapati patah dan dia menanggung kesakitan yang amat sangat di atas perbuatan suaminya itu yang tidak bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, suspek dikatakan akhirnya ditahan pihak polis selepas insiden itu turut mendapat perhatian jiran-jirannya yang bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis selepas mendapati mereka bergaduh.

Suspek juga turut memaklumkan kepada pihak polis ketika disoal siasat, dia berkata dia mengaku bahawa dia tidak lagi dapat mengawal perasaannya yang marah terhadap isterinya selepas bebelan isterinya itu selain isterinya dikatakan hanya mementingkan telefon bimbit sahaja.


Tetapi, jawapan diberikan Nem, isterinya itu agak berbeza. Menurut Nem, dia menjadi marah apabila suaminya pulang lewat ke rumah tetapi dia yang dimarahi semula. Dia juga berkata, dia hanya menggunakan telefon untuk melayari YouTube dan Facebook sahaja dan tidak langsung mempunyai niat lain, katanya.

Nem juga mengatakan bahawa dia telah pun meminta maaf terhadap suaminya dan turut menyatakan bahawa mungkin dia belum boleh menjadi isteri yang baik, jelasnya dalam nada yang begitu sedih.

Sehingga kini, suspek telah direman oleh pihak polis Ponogoro Jawa Timur bagi menjalankan siasatan lanjut tentang kejadian berkenaan. - www.koleksiviral.com

(VIDEO) 'Spiderman' Selamatkan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Jadi Tular & Tarik Perhatian Netizen


Watak superhero ramai yang tahu adalah watak fiksyen semata-mata dan tiada manusia yang mempunyai kuasa seperti superhero dalam filem-filem seperti itu.

Tetapi satu insiden yang berlaku di Thailand baru-baru ini telah membuktikan superhero Spiderman yang menjadi pujaan ramai kanak-kanak telah menonjolkan diri menjadi penyelamat dalam satu kemalangan jalan raya.

Kisah menarik itu telah tersebar di media sosial seperti yang dilaporkan oleh laman Coconuts, di mana penampilan Spiderman datang menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di daerah Phetburi.


Satu rakaman video ang kini sedang tular menunjukkan sebuah lori yang berwarna putih telah melanggar penunggang motosikal berkenaan. Dek kerana hentaman yang begitu kuat penunggang motosikal terbabit dilihat terpelanting jauh dan terjatuh dari motosikalnya itu.

Agak mengejutkan, beberapa saat kemudian, Spiderman dilihat berlari ke arah lokasi kejadian bagi menyelamatkan penunggang motoskal tersebut sambil memegang sejambak bunga yang dibawanya bersama.


Lelaki Spiderman yang dikenali sebagai Wasan Ketsuwan itu merupakan seorang penjual bunga dan digelarkan sebagai 'Flower Spiderman' di daerah itu oleh orang ramai. Memang menjadi kebiasaannya memakai kostum Spiderman ketika menjual bunga di persimpangan jalan Tha Yang.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut dilihat memuji tindakan Spiderman diikuti dengan ucapan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan mangsa kemalangan terbabit.



Difahamkan, dalam satu temubual, Wasan turut memaklumkan bahawa dia pernah berkerja sebagai pelakon teater sebelum menukarkan kariernya menjadi penjual bunga yang memakai kostum Spiderman. Malah dia turut memiliki beberapa kostuma lain selain Spiderman iaitu Minion dan juga Ironman, katanya.  - www.koleksiviral.com

Wanita Pembohong Menikahi 8 Lelaki Sebelum Melarikan Wang Hantaran Selepas Menipu Dirinya Hamil


Setiap pasangan yang bercinta pastinya mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia serta berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka. Tetapi, tidak siapa yang menginginkan segala impian itu hancur berkecai di pertengahan jalan.

Lebih menyedihkan apabila pasangan yang dikasihi itu sanggup menipu dan menghilangkan diri sebelum tibanya hari yang dinantikan untuk mereka disatukan sepertimana yang dijanjikan sebelumnya untuk sehidup semati.

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita Thai yang dilaporkan Coconuts, sehingga kini masih diburu pihak polis selepas dia dikatakan telah pun mengahwini seramai 8 orang lelaki sebelum bertindak melarikan kesemua jumlah wang hantaran yang bernilai antara RM26,000 hingga RM64,000 (TBH200,000 - TBH500,000) bagi setiap perkahwinan yang dirancangkan itu.


Menurut kata salah seorang dari mangsa wanita terbabit, Prasarn Tiamyan, 32, dia juga telah membuat laporan polis terhadap bekas isterinya itu yang dikenali sebagai Jariyaporn "Nammon" Buayai,  yang berusia 32 tahun yang dikatakan telah menipunya dan melarikan wang hantaran sebanyak TBH200,000 (RM25,717) apabila baru sahaja 4 hari mereka berkahwin di sebuah resort.

Walau bagaimanapun, tembelang wanita yang amat licik ini akhirnya terbongkar juga apabila satu posting di laman sosial Facebook telah membuat pendedahan serta turut memaparkan gambar wanita penipu tersebut. Posting berkenaan juga turut memberikan peringatan kepada semua lelaki Thai agar tidak mendekati wanita berkenaan yang dikatakan begitu bijak merancang strategi.



Selepas posting berkenaan tersebar, Prasarn yang telah pun berkahwin lain turut menyedari akan hal ini serta penipuan licik wanita terbabit serta segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Difahamkan, Prasarn mula mengenali Nammon menerusi Facebook apabila wanita itu ingin mengenalinya pada bulan Februari 2015. Setelah 9 bulan bermadu kasih, Prasarn akhirnya telah bersetuju untuk mengahwini wanita licik tersebut selepas wanita itu membuat pengakuan bahawa dia sedang hamil anak Prasarn.

Prasarn turut memaklumkan bahawa sepanjang perkenalannya bersama suspek, wanita itu seringkali menolak permintaannya untuk bertemu keluarganya.

Walau bagaimanapun, selepas selesai bernikah selama 4 hari, Nammon memberitahu padanya yang dia terpaksa pergi ke Nong Khai kerana mempunyai urusan yang membabitkan perniagaan buah-buahannya sebelum bertindak meninggalkan Prasarn.

Selepas kejadian itu, Prasarn dikatakan telah gagal menghubungi isterinya itu. Dia turut memaklumkan bahawa dia ada menerima satu panggilan dari seorang perempuan yang mengaku dia adalah anak saudara kepada Nammon. Perempuan berkenaan menyatakan bahawa Nammon telah mengalami keguguran dan Prasarn tidak boleh lagi menghubungi Nammon.

Prasarn langsung tidak menyedari bahawa dirinya telah pun ditipu oleh Nammon, sehinggalah dia terbaca tentang kisah Nammon yang tersebar di media sosial baru-baru ini yang mendedahkan kegiatan licik wanita terbabit.


Dalam masa yang sama, seorang lagi mangsa wanita berkenaan yang tidak mahu mendedahkan identitinya turut mengaku dia juga ada mengenali Nammon melalui Facebook malah turut ditipu wanita itu yang menggunakan modus operandi sama apabila wang hantaran sebanyak TBH500,000 (RM64,357) telah ditipu Nammon pada Februari lalu.

Selepas pemindahan wang tersebut dilakukan dan dipindahkan ke akaun Nammon, tidak semena-mena wanita itu berkata knonnya waktu yang dirancangkan untuk perkahwinan mereka bukanlah waktu yang baik dan tidak sesuai untuk melangsungkan perkahwinan buat dirinya selepas mengiktu perkiraan horoskop.


Selain itu, seorang lagi mangsa wanita terbabit yang bernama Wichit memaklumkan bahawa dia juga dapat menghubungi 7 orang lelaki yang dipercayai kesemua mangsa penipuan wanita licik tersebut.

Menurut Wichit, kesemua perjalanan cerita dan kisah semua mangsa dikatakan hampir sama apabila bermula dengan Nammon mengenali mereka melalui Facebook sebelum mengadakan hubungan intim dan akan terus menipu bahawa dia sedang hamil dan menipu semua mangsanya dengan melarikan diri selepas mendapatkan wang.


Melalui satu posting di Facebook pada 30 Ogos lalu, wanita berkenaan dipercayai bernikah dengan mangsanya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu pada bulan Ogos kepada 5 orang lelaki yang berlainan yang dikatakan semua mangsanya.

Lebih mengejutkanm sehingga kini masih lagi belum diketahui tentang jumlah lelaki yang telah dikahwininya sebelum menipu. Namun, pihak polis telah dapat menjejaki suspek sehingga ke rumah ibu bapa wanita berkenaan yang dipercayai telah melarikan diri.

Difahamkan, pihak polis cuma berjaya mengesan kakak kepada Nammon tetapi telah pun terputus hubungan persaudaraan memandangkan suspek tidak membayar hutang sejumlah wang yang dipinjamkannya.


Kakak kepada Nammon turut menyatakan kerisauannya terhadap kedua ibu bapanya dan juga turut meminta Nammon segera menyerahkan diri dengan kadar segera. - www.koleksiviral.com

(VIDEO) Seorang Ibu Lahirkan Anak Di Jalanan & Pulang Ke Rumah Dengan Tenang Bersama Bayinya Yang Masih Merah


Menunggu masa untuk melahirkan bayi selepas mengandung selama 9 bulan adalah satu penantian yang begitu bermakna kepada semua ibu di dunia. Berbagai cara dan langkah yang betul diambil oleh ibu hamil tersebut agar di saat kelahiran bayinya tidak akan mempunyai sebarang masalah yang tidak diinginkan akan berlaku.

Walau bagaimanapun, cara seorang ibu ini yang melahirkan anaknya telah menjadi perhatian ramai, malah amat mengejutkan sesiapa sahaja yang melihatnya kerana pastinya anda langsung tidak menyangka apa yang dilakukan oleh wanita yang ketika itu sedang mengandung dan ingin melahirkan anak.

Dalam kejadian pada 2 September lalu di bandar Guangdong, China, seorang wanita yang sarat mengandung telah melahirkan anak di tengah jalan dan selepas melahirkan anaknya itu dia membawa anaknya bersama serta pulang ke rumah seolah-olah tiada apa yang berlaku.


Menurut laporan Shanghaiist, wanita terbabit sedang berjalan dan mungkin ingin membeli belah untuk barang keperluan rumahnya. Secara tiba-tiba air ketuban dikatakan telah pecah dan dia tidak mempunyai pilihan melainkan melahirkan bayinya itu di tempat kejadian.

Jika berlaku kecemasan seperti ini dan wanita yang ingin bersalin pastinya akan meminta pertolongan dari orang ramai yang berdekatan.


Tetapi berbeza dengan wanita ini apabila dia dikatakan telah bersalin di jalan itu dengan tenang tanpa sebarang bantuan oleh orang ramai yang cuba untuk menolongnya tetapi dia terlebih dahulu melahirkan bayinya sebelum disapa oleh orang awam.

Bayi comel itu dikatakan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di jalan serta turut menangis dan menendang-nendang kakinya memberikan tanda yang baik bahawa dia seorang bayi yang normal dan sihat.

Kejadian seperti ini begitu jarang berlaku, tidak beberapa lama selepas itu beberapa orang awam dilihat telah cuba menolongnya dengan menyediakan kerusi dan sekeping kadbod kepada si ibu, manakala bayi tersebut diletakkan di atas kerusi sementara menunggu ketibaan pegawai paramedik.


Walau bagaimanapun, si ibu telah mengejutkan orang ramai yang menyaksikan kelahirannya yang dikatakan langsung tidak mempunyai sebarang komplikasi kelahiran. Dia dengan selamba dan tenang membawa bayinya bersama serta berjalan pulang.

Insiden ini telah mengejutkan netizen dan turut tersebar secara meluas di media sosial China. Rata-rata netizen di sana turut menyatakan bahawa mereka amat terkejut dengan peristiwa itu serta turut mengatakan betapa siksanya si ibu ketika sedang ingin melahirkan bayinya.


Walau bagaimanapun, segelintir netizen dilihat turut mengkritik tindakan wanita terbabit yang dikatakan sangat mementingkan diri sendiri. Sepatutnya, sekiranya dia benar-benar mengambil berat tentang bayinya, dia pasti akan mengikut ambulan untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut bukannya terus pulang begitu sahaja, jelas netizen.

Manakala, sesetengah netizen pula mempertikaikan bagaimana pula keadaan bayi itu sekiranya didapati dilahirkan pramatang? Adakah si ibu akan turut berjalan pulang ke rumahnya begitu sahaja?, kata pengguna Facebook yang lain.

Apa sekalipun niat wanita itu, tidak semua yang bersetuju dengan tindakannya, malah mereka turut menasihatkan agar si ibu lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatannya sendiri dan juga bayinya yang baru sahaja dilahirkan itu. - www.koleksiviral.com