Diskaun Saman Trafik 50 Peratus Sempena Perayaan Hari Krismas

Saman trafik diskaun

KUALA LUMPUR - Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bagi bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan perayaan Hari Krismas ini.

PDRM dalam satu poster yang disiarkan di dalam media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Bagaimanapun saman-saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.

Diskaun saman trafik

Tawaran itu juga adalah bersempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya. - BERNAMA

Jadi, kepada anda yang mempunyai banyak saman, eloklah mengambil peluang baik ini untuk membuat bayaran saman trafik dengan kadar segera supaya tiada lagi saman-saman yang tertunggak atau pun nama anda akan disenaraihitamkan oleh pihak PDRM.

Dapatkan diskaun saman segera dan untuk membuat pembayaran saman seperti yang diwar-warkan oleh pihak PDRM menerusi laman Facebook, semua bayaran saman boleh dibuat di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember nanti. Jangan ketinggalan dan rebutlah peluang yang sangat jarang kita dapatkan.

Senaman Yoga Sejam Sehari Mampu Kawal Penyakit Kencing Manis

senaman yoga untuk kempiskan perut

Biasanya para doktor akan menyarankan kepada pesakit kencing manis atau diabetes untuk melakukan beberapa jenis senaman sebagai bantuan kecergasan untuk membolehkan para pesakit mencapai kesihatan fizikal dan mental dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, perunding Yoga kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi iaitu Dr. Nagendra telah memperkenalkan protokol yoga selama 60 minit bertujuan untuk melawan sakit kencing manis.

Kepentingan Penama KWSP, Sijil Mati & Surat Nikah Belum Tentu Dapat Keluarkan Simpanan Arwah

Penama KWSP? Mungkin masih ada yang menganggap penama akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) adalah satu perkara remeh jika berlaku sebarang kematian kerana segala bukti ikatan suami atau isteri ada dan tak perlu difikirkan sebabnya dah tentu semua caruman itu menjadi milik waris terdekat iaitu pasangan dan sebagainya secara automatik.

Penama KWSP secara online

Sebenar, penama akaun KWSP jangan diambil mudah dan beranggapan bahawa semua data kita sebagai pewaris ada dalam simpanan KWSP. SALAH. Anda harus mewariskan dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan, jika semua ini akan membuahkan hasil yang hampa, mengapa?

Buah Durian Musang King Malaysia Kini Semakin Laris di Negara China

Durian Musang King Malaysia

Durian Musang King sememangnya amat terkenal di Malaysia kerana buah durian jenis D197 ini sangat berbeza daripada jenis-jenis raja segala buah ini. Keistimewaannya adalah sangat sedap selain isinya tebal serta berwarna kuning pekat dan tangkainya tiada duri.

Sejak dulu lagi, Durian Musang King sangat popular dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Masyarakat Cina tempatan amat menggemari buah ini dan tidak hairanlah pada masa ini raja buah atau Raja Kunyit ini juga semakin laris di negara China.

Durian Musang King Terkenal di China


Memetik laporan Berita Harian, Syarikat pemborong milik Alibaba Group, Pagoda, berhasrat memperkukuhkan pasaran import durian dari Malaysia bagi memenuhi permintaan industri di China.

Percaturan oleh syarikat pemborong hasil pertanian rentas sempadan yang berpangkalan di timur republik itu diambil selepas mendapati kualiti ‘raja buah’ dihasilkan Malaysia mempunyai potensi tersendiri, berbanding Thailand.

Nilai pasaran import Durian Musang King ke China dari Asia Tenggara ketika ini adalah sekitar 3 bilion renminbi (RM1.77 bilion). Dua negara yang menjadi pembekal utama permintaan pasaran domestik di China adalah Malaysia dan Thailand, yang masing-masing mempunyai kelebihan kualiti buah mengikut cita rasa pengguna.

Mengikut perangkaan semasa, nilai import buah durian dari Malaysia dalam anggaran 500 juta sehingga 700 juta renminbi (RM295 juta hingga RM414 juta), bergantung kepada kadar penghasilan mengikut musim.

Syarikat Pagoda akan terus berkerjasama dengan Malaysia dalam sektor import durian, malahan pada ketika ini, syarikat ini mempunyai kaedah pemilihan yang tersendiri di lokasi pengumpulan durian untuk memastikan hanya durian yang berkualiti saja diambil.

Ciri-ciri musang king history

Menurut laporan itu lagi, keunikan buah Durian Musang King dari baka yang paling laris dan diminati yang sehingga kini semakin mendapat permintaan yang luar biasa di China yang mana durian ini digemari kerana faktor rasa dan warnanya.
Negara Thailand juga turut menghasilkan buah Durian Musang King seperti mana Malaysia, namun dari segi kualiti, negara kita mempunyai banyak kelebihan dari segi cara penanaman dan juga kaedaah penuaian.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh membandingkan buah durian dari Malaysia dan Thailand memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan dan ciri-ciri yang tersendiri dan ia sebenarnya bergantung terhadap permintaan dari pasaran China.

Menurut Berita Harian, Musang King yang dihasilkan di Malaysia lebih berkualiti berdasarkan buahnya dibiarkan sehingga masak di atas pokok sebelum dituai apabila jatuh ke tanah berbanding durian Thailand kerana buah dipetik lebih awal serta dibiarkan masak menggunakan kaedah mereka sendiri.

Asal Usul Buah Durian Musang King (Musang King History)

Berikut adalah info tambahan untuk anda yang ingin tahu apakah ciri-ciri atau jenis-jenis buah Durian Musang King dan bagaimana untuk mengenal Raja Kunyit ini serta asal usul buah ini. Dengan info ini sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit pengetahuan. Sila tengok sampai habis ya.



Saya juga salah seorang peminat Durian Musang King ini, sedap tak terkata tapi nak beli pun setahun sekali kalau ada duit lebih. Harganya agak mahal mengikut kawasan dan negeri. Saya pernah beli di Lebuh Raya Karak dan juga Bentong. Sedap! - koleksiviral.com

Gambar Kucing Comel dan Manja (Anak Kucing Lucu dan Paling Cute Sangat)

gambar baby kucing

Anda cari gambar kucing comel dan manja? Pasti ramai yang sukakan kucing comel dan binatang peliharaan yang lain seperti hamster, arnab, burung dan sebagainya yang dijadikan sebagai peneman setiap masa. Tetapi kucing adalah yang sering digemari ramai orang di dunia lebih-lebih lagi anak kucing yang sangat cute dan cantik bulunya.

Sesetengah orang yang membela dan amat meminati kucing atau dipanggil sebagai cat person sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk kucing kesayangan mereka malahan berbagai koleksi gambar kucing comel dan manja dengan bermacam aksi cute pasti akan ada di bilik atau sekurang-kurangnya di telefon mereka.

Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah malahan dikatakan pembelanya akan mendapat manfaat sekiranya membelanya dengan penuh kasih sayang selain mampu menghilangkan stress, meneman kita di saat kesepian dan juga turut memberikan kebaikan kepada kita dari segi kesihatan.

Mempunyai haiwan kesayangan yang ditatang bagaikan seorang manusia adalah tidak lagi menjadi sesuatu perkara yang aneh kerana haiwan seperti kucing ini dapat mengubah hidup si pembelanya dan ini terbukti banyak kisah dan teladan yang baik berkaitan dengan kucing.

gambar anak-anak kucing yang comel

Sifat kucing comel yang manja, penyayang dan beberapa sifatnya yang semulajadi ini telah diciptakan kepada manusia untuk disayangi dan dibelai manja yang menjadi peneman dan kekasih sesiapa sahaja yang membelanya.

Kepada anda yang amat suka pada kucing comel pastinya akan mengambil gambar kucing comel kesayangan mereka untuk kenang-kenangan kerana kucing juga seperti manusia yang akan mati apabila sampai waktunya.

Berikut dikongsikan beberapa gambar kucing paling comel di dunia untuk tatapan semua peminatnya yang suka bermacam-macam jenis kucing seperti kucing Parsi, Siam, British Shorthair, Bengal, Egyptian Mau, Munchkin dan banyak lagi. Gambar kucing comel di bawah adalah sekadar perkongsian tidak mengikut jenis-jenisnya.

Koleksi Gambar Kucing Comel dan Manja


Gambar-gambar kucing comel ini dalam bentuk High Definition (HD) iaitu berkualiti tinggi yang boleh anda download secara percuma. Free of charge. Paparan gambar pula akan mengambil masa untuk jelas secara keseluruhan kerana size gambar yang besar untuk anda gunakan sebagai wallpaper atau koleksi dan sebagainya.

gambar kucing sedih

Gambar kucing hitam cantik

gambar anak kucing

Kucing cute

dua ekor anak kucing paling comel

gambar kucing tidur

gambar kucing boring

gambar kucing comel duduk atas kerusi

Cute cat in the cup

kucing bermain dengan pokok bunga

kucing adik beradik

Kucing duduk dalam bakul

Gambar kucing lucu duduk

Gambar kucing marah

Gambar kucing paling comel di dunia

kucing comel dan manja

anak kucing manja

kucing warna putih dan oren

Kucing kiut miut

ilustrasi kucing lukis

Gambar kucing dengan buku

gambar kucing menyorok

gambar kucing lawak

kucing oren duduk bergambar

gambar kucing gebu dan gemuk

kucing bulu cantik

anak-anak kucing cute

anak kucing serius

gambar kucing baring

gambar kucing sedih

kucing warna kelabu yang sangat comel

anak kucing warna putih

gambar anak kucing gebu

Gambar-gambar Kucing Kartun

Berikutnya koleksi gambar-gambar kucing kartun yang boleh anda download dan crop untuk dapatkan mana-mana karakter kucing kartun yang anda suka. Semuanya comel-comel dan ilustrasi kucing ini sangat berkualiti dengan warna yang terang dan saiz gambar yang besar.

gambar kucing comel kartun

kartun kucing

gambar gambar lukisan kucing

The cutest kitten cartoon

gambar kartun lucu kucing

gambar kucing yang dilukis

the cutest cartoon

kartun kucing putih

Kalendar Kucing Kartun 2020

Anda juga boleh muat turun gambar kalendar kucing untuk tahun 2020, sila klik kanan pada gambar untuk dapatkan paparan lebih jelas. Anda juga boleh jadikan gambar ini sebagai wallpaper di komputer atau cetak untuk dijadikan hiasan dinding.

kalendar kartun kucing 2020

kalendar kucing cute 2020

Semua gambar kucing comel manja, gebu, gemuk dan lucu termasuk kalendar kucing 2020 ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk koleksi peribadi tetapi tidak boleh dijual tanpa keizinan daripada pemilik gambar atau pelukis gambar. - www.koleksiviral.com - Image Credit : Pixabay

Carian kata kunci: gambar kucing comel dan manja, kucing paling cute, gambar kucing lucu, gambar kucing kartun, gambar kucing, kalendar kucing kelakar