Lelaki Berlagak Alim Mengaku Duda Kerana Nak Bernikah Dengan Perempuan Muda Rupanya Beristeri Empat


Saya pernah belajar di pondok, seorang isteri kepada suami yang pernah menipu saya sebelum berkahwin dulu yang dirinya adalah duda.

Saya bukannya ingin meminta pendapat tetapi saya ingin semua berhati-hati dan berjaga-jaga dengan adik-adik perempuan kalian supaya jangan terperangkap dengan suami saya.

Saya baru sahaja mendapat tahu tentang suami saya yang kini kahwin lagi. Kiranya sekarang dia telah mempunyai 4 isteri. Tidak tercampur dengan beberapa skandal-skandal yang berada di luar sana. Tetapi, salah satu daripada empat isterinya telah diceraikan. Hari ini bercerai, esok akan tambah lagi satu. Dahsyatkan?

Kalau adik-adik perempuan kalian ada mengenal mana-mana lelaki, pastikan selidik betul-betul supaya tidak tertipu sepertimana saya sendiri. Suami saya ni, taklah kaya mana pun, korang jangan terpedaya. Rupanya, isteri pertama yang telah banyak membantu dia daripada segi kewangan.

Semasa saya mengenali suami saya, saya memang tahu yang dia mempunyai banyak hutang. Tapi biasalah, dia kata yang dia banyak hutang sebab orang selalu menipunya. Antaranya, isteri pertama yang buat hal sehingga menyebabkan dia bankrap.

Saya ingat perkara tersebut betul, rupanya dia sering mereka-rekakan cerita dan turut memburuk-burukkan isteri pertama, siap kata, dia telah menceraikannya sejak 4 tahun lalu.

Suami saya berasal dari utara, orang Kedah dan umurnya lingkungan awal 40 -an. Tak nampak tua tetapi muka awet muda sangat. Saya kahwin dengan dia kerana Allah dan ingatkan betullah jiwa raga dia terluka, sehingga saya ingin berikan semangat pada dia tetapi rupanya semuanya adalah perangkap semata-mata.

Saya baru sahaja dapat tahu tadi yang dia mempunyai isteri lagi satu. Saya tutup nama wanita tu, ada nampak sikit saja namanya 'isa'. Isteri pertama namanya 'mi', saya tak mahu berikan nama penuh kerana seperti mengaibkan mereka.

Pekerja suami saya ada mengatakan yang perempuan yang bernama 'isa' itu, hanya mahukan duit saja tetapi dia termasuk ke dalam lubang sendiri. Dia ingat berkahwin dengan suami saya, dia akan dapat banyak duit. tetapi rupanya dia dijadikan kuli, kesian dia.

Menurut kata pekerja suami saya lagi, suami saya adalah seorang kaki pukul, perempuan tersebutlah yang sering dipukulnya, kesian. Saya tak tahu nak tolong macam mana dan saya sekarang sedang buntu serta dalam dilema.

Di sini saya serta beberapa gambar screenshot perbualan antara saya dan pekerja suami saya serta perbualan saya sendiri bersama suami.





Alhamdulillah, saya bersukur, selama saya berkahwin dengan suami saya, tidak sekali pun suami saya menjadikan saya kuli dan saya tidak pernah dipukul. Kedua-dua benda ni saya tidak pernah kena. Mungkin dia tidak berani, sebab dulu saya selalu berikan tazkirah pada dia. Mungkin kerana itulah dia menghormati saya, kot.

Pada masa sekarang, saya pula ingin menuntut cerai pada bulan 12 nanti selepas saya bersalin. Kepada semua wanita-wanita yang berada di luar sana, sila berhati-hati sebab dia masih mempunyai satu lagi kuota selepas bercerai dengan saya nanti.

Jangan sampai kena tipu dengan suami saya ni. Jangan ingat dia bawa kereta besar dia solat tak pernah tinggal, dia berikan nasihat yang baik-baik, kalian fikir dia lelaki yang sempurna? Kalian memang silap, suami saya ni memang pandai berpura-pura baik.

Suami saya orangnya tinggi, kurus sikit, ada lesung pipit, berkulit hitam manis, berusia 40 hingga 41 tahun dan berasal dari Kedah. Dia mempunyai bisnes sendiri kecil-kecilan, tetapi kadang-kadang dia juga suka menipu umurnya. Tolong cek kad pengenalannya jika ingin tahu umur sebenarnya.

Saya tidak mahu mendedahkan nama suami dan tak nak tunjukkan muka suami kerana saya risau nanti ada yang mengatakan saya membuka aib suami sendiri. tetapi saya dah berikan ciri-ciri suami saya, rupanya macamana, dia kerja apa, jadi berhati-hatilah.

Orang bisnes seperti suami saya bukannya semuanya baik dan nampak saja duit berkepul-kepul tetapi duit itu sebenarnya untuk dibayar hutang.

Satu lagi, saya bukannya berkahwin di Thailand ya. Mungkin ada salah saya juga macamana saya boleh kena tipu, rupanya dia suami orang. Lagipun saya tinggal dengan mak saya. Mak saya buta huruf dan tidak tahu membaca. Semasa nak kahwin, saya serahkan bulat-bulat pada suami kerana pada masa tu saya hanya fokus pada mengaji dan mungkin saya ada buat kesilapan juga.

Yang bestnya, keluarga suami saya ni kuat betul sembunyikan hal sebenar, tapi saya tak salahkan mak mertua saya. Saya sangat berharap selepas ini mak mertua dan kakak ipar saya itu diberikan kekuatan untuk jujur dengan semua bakal-bakal menantu. Jangan sembunyikan perkara yang sebenar, kesian, masih ada yang jadi mangsa lagi. Selepas ini tak tahulah siapa yang akan menjadi mangsa berikutnya.

Kita jangan terlalu sangat seronok, takut nanti terkena pada adik-adik perempuan kita sendiri. Perhatikan adik-adik perempuan kalian, ada tak yang berkahwin secara senyap-senyap. Kerana suami saya biasanya akan ajak perempuan-perempuan tu kahwin senyap-senyap. Nanti dijadikan kuli dan kena pukul, nasib koranglah ya.

Lagi satu ciri-ciri suami saya, dia suka buruk-burukkan isteri dia. Saya ni kahwin dengan dia punyalah ikhlas. Ingatkan nak berikan semangat pada dia, nak jadi penawar walaupun saya tahu dia banyak hutang keliling pinggang. Ingat nak hidup susah senang bersama, rupanya dia seorang penipu. Saya yang sedang mengandungkan anak dia ditinggal-tinggalkannya.

Wahai suamiku, berubahlah, dapat penyakit nanti kalau mengadakan hubungan dengan ramai perempuan. Beristeri empat pun tak cukup. Nak adakan skandal lagi, tak faham betul. Sekurang-kurangnya kasihanilah saya. Allah itu mendengar doa-doa orang yang teraniaya. Cepat sangat terbongkar.

Isteri-isteri dia yang lain masih lagi tidak tahu tentang hal ini, saya seorang saja yang tahu segalanya, berkat selawat, Alhamdulillah.

Saya ingin kongsikan satu tips dengan kalian. Amalkan selawat ke atas Nabi setiap hari sebanyak mungkin. Berniat semoga dengan berkat selawat, Allah hindarkan kita dari segala fitnah-fitnah dunia. In sha Allah, sekejap saja Allah tunjukkan apa yang orang buat jahat di belakang kita. Lebih-lebih lagi kejahatan suami sendiri. Sekian. - www.koleksiviral.com

Remaja Lelaki 16 Tahun Ditahan Selepas Didakwa Rogol Adik Kandung 13 Tahun Sehingga Mengandung 7 Bulan

Kecoh di media sosial apabila seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun dipercayai telah ditahan polis kerana dakwaan merogol adik perempuannya yang berusia 13 tahun pada Oktober tahun lalu.

Laporan dari The Star menyatakan remaja terbabit didapati melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap adik kandungnya sendiri pada tahun lalu dan tiada sesiapa pun yang menyedari akan kejadian berkenaan, sehinggalah bapanya seperti mengesyaki ada sesuatu yang terjadi kepada anak perempuannya itu setelah melihat perubahan fizikal anaknya itu.

Gambar hiasan
Dek kerana merasakan ada yang tidak kena, bapanya telah membawa anak perempuannya berjumpa dengan seorang doktor di hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kemudiannya, barulah dia mendapat tahu bahawa anak perempuannya itu disahkan telah hamil tujuh bulan.

Desakan demi desakan dan juga soal siasat dilakukan oleh ibu bapa gadis itu, akhirnya dia telah mengaku yang dirinya telah dinodai oleh abang sulungnya sendiri yang selama ini merogolnya tanpa kerelaannya.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Yussof, gadis terbabit mengakui bahawa dirinya telah dirogol lebih dari 10 kali sewaktunya bapanya keluar berkerja sebagai seorang pengawal keselamatan, jelasnya.

Akibat berang akan kejadian itu, ibu bapa remaja terbabit dengan segera melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dan remaja lelaki tersebut telah ditahan di atas pertuduhan merogol adik kandungnya pada jam 12.30 malam pada Selasa lalu.

Polis turut memaklumkan bahawa remaja lelaki terbabit kini ditahan reman sehingga Ahad ini dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Bagaimana semua ini berlaku? Kerana nafsu sanggup lakukan apa saja sehingga tak kenal siapa adik dan siapa orang lain. Kesian, damailah engkau dalam penjara..

Jasa Isteri Takkan Mampu Saya Balas Yang Telah Mengandung & Melahirkan Zuriat Saya.. - Taufiq Razif


"Abang tak beli kek untuk anak kita?" soal isteri.

Saya tahu hari ini, 8 Ogos 2017, bersamaan dengan birthday pertama anak lelaki saya, Muhammad Solahuddin. Isteri tanya saya nak beli kek atau tak untuk birthday boy itu tetapi saya cuma diamkan saja. Saya pilih untuk ke pasar basah! Saya beli empat ekor ikan selar dan seplastik cili.

Balik ke urmah, saya seorang terkontang-kanting di dapur dan saya biarkan isteri berehat dengan anak-anak di ruang tamu. Akhirnya siaplah juga resepi rahsia saya. Ikan bakar beraroma limau dimakan bersama petai dan budu pedas.

Isteri saya pelik, kenapalah saya tak menyambut birthday si Muhammad Solahuddin itu. Sebenarnya hari ini saya memilih untuk menghargai pengorbanan isteri saya melebihi saya bersyukur dengan kelahiran birthday boy itu. Saya takkan lupa betapa teruknya isteri saya muntah-muntah (hyperemesis gravidarum) hampir 9 bulan akibat hamilkan si birthday boy itu!


Saya takkan lupakan betapa peritnya pengalaman isteri saya yang mengalami premature contraction sehingga hampir keguguran si birthday boy itu akibat kepenatan yang melampau ketiak bertugas di bahagian kecemasan! Saya takkan lupa bagiamana isteri saya hampir melahirkan di dalam kereta semasa hampir melahirkan si birthday boy itu.

Bayangkan, waktunya cuma dua jam sahaja antara regular contractions dengan waktu isteri saya mengalami pembukaan 10 cm dan akhirnya melahirkan!

Saya takkan lupa pada riak wajah isteri saya yang kerisauan paabila bacaan bilirubin si birthday boy itu melebihi paras normal dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk fototerapi walaupun baru berumur beberapa hari.

Masih banyak yang saya tak boleh lupakan tetapi cukuplah isteri saya tahu bahawa saya takkan mampu membalas jasanya mengandungkan dan melahirkan zuriat saya. Jadi hari ini saya tekad, saya nak buat dia bahagia! Itu yang saya masak menu istimewa untuk dia tadi.


Saya pernah nampak dia lahap petai dan budu macam lahap popcorn. Itu yang saya masak menu berlaukkan petai dan budu malam ini. Biarlah bukan Me'nate. Biarlah bukan Sushi King. Biarlah bukan Meatball Ikea sekalipun, yang penting saya tahu menu kali ini boleh membuatkan si dia tersenyum lebar sampai ke telinga.

P/S: Update, Alhamdulillah. Tadi selepas bancuhkan kopi arabica Nomad Barista Coffee, si dia datang duduk di tepi saya, pegang bahu saya dan padang saya dengan penuh pandangan cinta!

Betullah pegangan saya selama ini. Kalau sampai saja birthday kita, yang patut kita hargai adalah orang yang mengandungkan kita, bukan menuntut orang menghargai kewujudan kita semata-mata.

Mulai saat ini, jom kita lebih menghargai insan bergelar wanita dan ibu kepada anak-anak kita.

Penulis: Dr. Taufiq Razif

Wanita Terkilan Penggunaan Safety Harness Untuk Anaknya Dikritik & Dikatakan Diikat Seperti Binatang

Semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil seringkali disarankan agar memakai safety harness untuk mengelakkan berlakunya kes kehilangan anak atau anak diculik dan sebagainya. Tetapi, amat menyedihkan apabila ada segelintir pihak masih lagi tidak boleh menerima penggunaan alat ini sebagai langkah keselamatan tetapi dikatakan umpama mengikat binatang.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap sesetengah pihak yang dikatakan telah memandang sinis dan mengetawakannya apabila memakai hand harness demi keselamatan anaknya. Ikut perkongsian beliau.


Semalam saya pergi ke shopping mall, saya pakaikan anak saya safety harness ini. Saya tahu anak saya jenis yang macam mana, dia tidak suka orang pimpin tangannya. Dia lebih suka jalan sendirian. Kalau kami lepaskan tangan dia, tak sampai dua saat saja dia dah lari seperti lipas kudung.

Semua orang tengok semalam, tetapi tengok dengan pandangan yang pelik. Tak tahu kenapa, mungkin mereka fikir kami agak melampau dengan mengikat anak seperti ini. Ramai juga yang gelakkan saya semalam.

Yang tak boleh 'blah' bila ada seorang lelaki bukan main kuat dia gelak. Terdengar dia kata "Dah macam ikat menate (binatang) dah. Saya rasa nak cilikan saja mulut dia yang kurang ajar itu. Dah tua pun, tetapi mulutnya  bukan main jahat.

Saya beritahu pada suami dan dia kata, "Ikut dia lah, kalau anak kita hilang, bukan dia yang nak tolong cari pun. Kita yang menanggung sengsara," kata suami.

Cukuplah anak saya dah pernah hilang dua kali. Tak sanggup lagi dah nak melalui kejadian yang sama seperti itu. Boleh jadi gila dibuatnya.

Tak tahulah masyarakat kita ini, sangat payah nak ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Sudah ramai yang kongsi pengalaman anak mereka hilang tetapi bila kita amalkan keselamatan sebegini dianggap mengamalkan pemikiran kuno sangat.  Cubalah berfikiran terbuka sikit.

Di negara barat, benda seperti ini boleh dikatakan wajib bagi mereka. Kita di Malaysia sahaja yang akan dipandang jelik jika buat begini. Mereka pandang kita seperti kita ibu bapa yang jahat dan mementingkan diri.

Kalau anak saya hilang, awak (yang jenis suka mengkritik) nak tolong carikan ke? Lebih baik saya buat begini dari saya menyesal di kemudian hari.

Yang gelakkan saya semalam, suatu masa nanti bila anda dah ada anak, jagalah anak baik-baik. Jangan sampai anak dah hilang, menyesal sepanjang hayat. Menangis air mata berdarah sekalipun tak guna dah.

Cuba berfikiran terbuka sedikit. Kita di Malaysia sudah bermacam-macam kes yang berlaku, yang melibatkan kanak-kanak. Ambil iktibar dari pengalaman orang lain. Contoh seperti Sarah dan Shuib yang kehilangan anak selama tiga minit, rasa macam nak mati, tahu?

P/S: Anak saya kalau pergi mall, dia fikir dia pergi ke taman gula-gula. Habis dia berlari sana sini. Bila diikat begitu, rasa aman sedikit.

Luahan Hati Ummi Damia

Luahan Hati Isteri Yang Menanti Suaminya Kini Koma 91 Hari Akan Sedar Dan Hidup Bahagia Meruntun Hati Sesiapa Saja


Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, pasti ada badai yang melanda dalam menempuh kehidupan berumahtangga. Suami isteri biasanya akan menempuh berbagai ujian dan harus tabah serta redha dengan segala dugaan yang mendatang.

Itulah yang berlaku kepada seorang isteri yang dilihat begitu tabah menghadapi ujian yang diberikan, Siti Rohayu seorang wanita cekal menjaga suaminya yang tersayang yang telah koma selama 91 hari terlantar di rumah akibat terlibat satu kemalangan jalan raya.

Selama 3 bulan lebih wanita ini membelai suaminya bagai menatang minyak yang penuh, malah turut berdoa tidak putus-putus agar suaminya itu sembuh seperti biasa, seperti sebelum ini di mana mereka begitu bahagia meredah kehidupan ini.


Hari ke 91

Alhamdulillah, terima kasih dengan berkat doa-doa semua, kakak hari ini dah tak demam lagi, dah boleh pergi sekolah, tinggallah umi dengan aby dan adik di rumah.

Setiap hari benda yang sama sayang lakukan, tidak pernah walau sekali merasa bosan dan letih, tidak pernah sekali merasa jemu. Sayang tak pernah mengeluh.

Setiap hari bila sayang buka mata, sayang akan bersyukur sebab masih bernafas, masih dapat bersama menjaga anak-anak dan aby. Sabar ye aby, sedikit masa lagi, sayang yakin aby akan sedar.

Sikit pun sayang tak merasa takut melihat keadaan kita sekarang, tak pernah sekali sayang fikirkan apa yang akan terjadi pada sayang dan anak-anak kita bila aby dalam keadaan macam ni. Sebab sayang yakin, walaupun ambil masa yang lama, aby pasti akan sedar, kalaulah aby tak sedar juga, jangan risau pasal kami, sebab kami tak akan tinggalkan aby.

Kita akan tinggal macam ni, seperti hari ini, hidup kita pasti akan bahagia seperti orang lain, sebab kita boleh bersama-sama. Sayang yakin, perancangan Allah yang terbaik untuk kita, aby jangan pernah lupa Allah.

Semoga segalanya dipermudahkan bagi keluarga Puan Siti Rohayu. - www.koleksiviral.com

Pereka Fesyen Cipta Baju Canggih Untuk Kanak-Kanak, Jimat Tak Perlu Beli Baju Anak Selama 3 Tahun


Semua ibu bapa pasti bersetuju bahawa anak-anak yang dididik mereka dari kecil itu telah membesar sekelip mata dengan cepat sekali. Dek kerana tumbesaran anak itu pasti baju yang dibeli tahun lalu tidak dapat dipakai lagi walaupun kondisi baju masih lagi elok dipakai. Perkara ini pasti akan merungsingkan ibu bapa kerana setiap anak harus dibeli pakaian baru walaupun baju lama masih lagi elok disimpan.

Kini semua kerungsingan ibu bapa tidak lagi menjadi masalah kerana seorang pereka fesyen dari London telah berjaya menciptakan satu pakaian khas untuk bayi seawal umur 4 bulan sehingga 36 bulan. Kecanggihan baju tersebut direka dengan berubah saiz serta turut seiring dengan pertumbuhan badan anak-anak. Macam tak percaya tapi kenyataan!

Pakaian khas tersebut dikenali sebagai 'Petit Pli' yang telah dicipta dengan sistem lipatan atau lisu pakaian yang canggih di mana ia dikatakan boleh mengembang beberapa kali ganda dan turut kembali kepada saiz asalnya. Keadaan itu menyebabkan ia tidak akan menjadi terlalu besar atau tidak terlalu kecil untuk mereka. Kalau harga berpatutan mesti mak ayah akan beli, kan?









Menurut pereka fesyen berkenaan, Ryan Mario Yasin, Petit Pli boleh berubah bentuknya bersesuaian dengan pergerakan kanak, dan bayi memerlukan sekurang-kurangnya 7 saiz pakaian sepanjang 2 tahun pertama mereka membesar yang menyebabkan terdapat berbagai jenis pakaian yang masih elok tetapi didapati terlalu kecil untuk dipakai mereka. Keadaan ini pasti memaksa ibu bapa akan lebih kerap membeli pakaian untuk anak mereka." Lepas ni tak perlu beli selalu!

Menurut Yasin lagi, Petit Pli dicipta menggunakan material khas yang kalis air dan juga ringan, tetapi ia masih mempunyai ruang untuk badan bayi bernafas.

Ianya turut menggunakan material tahan lasak dan diilhamkan daripada seni Origami lama Jepun dan ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang biasanya cukup aktif untuk meneroka keadaan sekeliling mereka. Yasin turut memberikan jaminan bahawa pakaian itu selamat dibasuh dengan menggunakan mesih basuh. Memang terbukti katanya!

Sehingga kini pereka fesyen ini dipercayai sedang mencari rakan kongsi dan turut mengumpul dana bagi mengeluarkan pakaian khas tersebut menerusi pasaran Britain.


Petit Pli adalah sesuatu yang sangat kreatif dan hebat, malah ia dilihat untuk menjimatkan kos serta dapat mengurangkan kadar pembaziran yang dijana melalui industri fesyen.


Semoga rakyat Malaysia juga mempunyai peluang untuk memiliki pakaian untuk anak-anak ini dengan harga mampu milik setelah tiba di pasaran Malaysia nanti. - www.koleksiviral.com

Bila Anak-Anak Besar Di Depan Mata, Pasti Kita Akan Rindu Gelagat & Karenah Mereka Satu Masa Nanti


Menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak adalah perkara utama yang harus dihadapi oleh ibu bapa. Bermacam cabaran dan ujian seringkali ibu bapa tempuhi ketika menjaga anak-anak yang pasti ada suka duka di dalamnya.

Bermacam cara dan tips yang dipelajari untuk membesarkan anak, malah turut mempraktikkannya demi untuk kebaikan anak-anak dan keluarga. Walau bagaimanapun, ketika melihat anak sedang membesar di depan mata semakin hari semakin banyak perubahan tentunya satu masa nanti kita akan rindu gelagat dan karenah anak-anak pada satu masa dulu.

Jom ikuti perkongsian dari Nur Firdaus.

Bila tengok anak-anak tidur, sedih bila teringat apa yang mereka lalui siang tadi. Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tetapi mereka stay cool. Selepas itu minit, mereka happy semula.

Keesokannya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka bermain, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi.


Loop ini berterusan sehinggalah sampai satu hari nanti, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi di depan kita. Tidak lama selepas itu, mereka tidak lagi melompat-lompat di atas sofa dan katil. Tidak lama selepas itu, tiada lagi berlari-lari dua beradik dari ruang tamu masuk ke bilik tidur dapur sampai terjatuh bunga kita.

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun dah tak nak. Dicium puas-puas seperti dulu pun tak mahu. Rimas dah didukung-dukung seperti dulu. Segan dah nak diajak baring di pangku sambil kita baca-baca.


Tiada lagi memori hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam lubang tandas.

Bila masa itu tiba, kita pula yang rindu. Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment-moment Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya.


Alhamdulillah dia masih setia meminta saya memegang tangannya selalu. Nanti bila dah sekolah, duduk pula di asrama, mesti lagi sunyi, kan?

Oleh: Nur Firdaus

"Tidak Terkira Entah Berapa Kali Saya Lakukan Perbuatan Terkutuk Itu Sehingga Tingkatan 4 Saya Disahkan Mengandung.."


Kita sering mendengar berbagai kisah yang melibatkan remaja sekolah yang rosak akhlaknya akibat kedegilan sendiri, malah selepas mereka terlanjur dengan perbuatan terkutuk itu, bayi yang dikandung dan tidak berdosa itu dibuang begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

Namun, mungkin ramai yang tidak pernah tahu tentang remaja-remaja yang didapati telah terlanjur sehingga melahirkan anak mempunyai keinginan untuk membesarkan serta menjaganya sendiri sangat jarang ditemui.

Perkongsian yang amat menyentuh hati dari laman Facebook Baitus Solehah telah menceritakan segala-galanya yang mungkin dapat memberikan pengajaran dan teladan kepada remaja yang menghadapi masalah yang sama.

"Sewaktu umur 14 tahun saya sudah mula bercinta. Curi-curi untuk keluar rumah untuk berjumpa dengan kekasih.

Setelah diketahui oleh abang kandung atas perbuatan saya, saya dipukul disepak, hati remaja saya memberontak. Makin dilarang, makin saya dendam."

Gambar hiasan
Gadis ini yang masih bersekolah tetap berdegil ingin meneruskan cintanya biar pun telah dihalang oleh abang sendiri dan sanggup ponteng sekolah hanya semata-mata ingin berjumpa kekasihnya, malah dia begitu berani bersama kekasih hatinya di atas katil.

Pada usia 16 tahun sewaktu di tingkatan 4, dia mengaku telah melakukan perbuatan terkutuk itu sehinggakan tidak terkira banyaknya. Akibat perbuatan itu badan gadis comel ini mengalami perubahan sehinggakan ditegur oleh jiran-jiran, saudara mara dan kawan-kawannya apabila bentuk badannya kelihatan semakin berisi.

Gambar hiasan
"Saya sembunyikan kandungan sehingga 6 bulan. Akhirnya satu malam mama saya memanggil masuk ke dalam bilik dengan wajah yang penuh dengan linangan air mata. Mama bertanyakan saya, adakah saya mengandung..."

Setelah beberapa kali dipaksa mengakui perbuatannya, gadis itu terus menangis dan menangis. Akhirnya setelah hampir satu jam lamanya, dia membuka mulut dan memberitahu pada ibunya bahawa dia sedang mengandung.

"Hancur luluh hati mama. Di pagi hari keesokannya, saya bersiap untuk ke sekolah seperti biasa, perut saya masih terlindung dengan baju kurung yang besar. Sewaktu hendak keluar rumah mama telah pun menunggu di depan pintu.

Baru saya tahu yang mama semalaman berjaga kerana takut saya melarikan diri. Mama telah mengunci pintu pagar kerana melarang saya pergi ke sekolah.."

Gambar hiasan
Selepas ibunya menyedari dia mengandung, ibunya telah pergi ke sekolah berjumpa dengan guru kelasnya dan berbincang untuk memberhentikan gadis itu dari meneruskan persekolahannya dengan alasan mahu berpindah ke kampung untuk menemani neneknya yang uzur.

Selepas gadis itu diberhentikan sekolah, ibunya telah mencari tempat perlindungan untuknya memandangkan perutnya semakin kelihatan dan membesar.

Gadis itu diletakkan di rumah makcik saudaranya selama seminggu sementara ibunya mencari tempat perlindungan.

"Akhirnya mama jumpa rumah perlindungan Seri Raudhah. Semua ahli keluarga pandang hina kepada saya.

Sang lelaki bersuka ria di saat saya kesedihan menanggung beban di atas perbuatan bersama. Keseronokkan yang dinikmati cuma sementara. Kedegilan saya dahulu telah membawa padah untuk diri sendiri menanggungnya.."


Setelah selama 2 bulan gadis itu berada di Seri Raudhah dia akhirnya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Ain Faseehah.

"Saat saya diberitahu anak yang baru dilahirkan akan diserah kepada keluarga angkat, saya merasa hidup saya sudah mati.
2 minggu tidur bersama, menjaga siang malam, menyusukan, dan akhirnya anak saya diserahkan kepada keluarga angkat.."

"Hati saya sedih bercampur marah . Saya persoalkan mengapa mama tak nak ambil cucunya. Kenapa saya tidak ada hak ke atas anak yang saya lahirkan. Kenapa Seri Raudhah sanggup memisahkan seorang anak dengan ibu.."

"Sewaktu penyerahan anak, saya tiada bersama. Sedih sangat. Saya tidak diperkenalkan kepada keluarga angkat, hanya mama saja yang bertemu mereka.."

"Selepas beberapa bulan saya di Seri Raudhah pelbagai ilmu agama telah dipelajari. Sehingga saya dilantik menjadi naqibah dalam kumpulan tadarus."

"Saya pernah merasa hari raya tidak dapat bersama keluarga. Sedih, tapi saya tahu Allah sentiasa ada, hati merasa tenang.
Selepas keluar dari Seri Raudhah saya langsung tidak mengetahui khabar berita tentang anak saya."


"Hanya doa yang saban hari saya titipkan semoga Nur Ain Faseehah sihat dan sentiasa rindu untuk bertemu mama kandungnya.."

"Pesanan kepada keluarga angkat di luar sana, janganlah zalim memisahkan anak dengan ibu kandung,langsung tidak membuka ruang untuk mempertemukan anak dengan ibu kandungnya. Janganlah terlalu tamak kasih sayang, anak itu cuma pinjaman, bila-bila pun Allah boleh ambil semula.."

Kepada semua remaja, berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu adalah langkah yang bijak untuk menentukan masa depan sendiri, sambil memikirkan akibatnya adalah salah satu cara untuk menghindari diri dari melakukan sesuatu yang dilarang. - www.koleksiviral.com

Umur Baru 13 Tahun Dah Pandai Mesej Ibu Teman Lelaki Supaya Datang Bawa Rombongan Meminang Dengan Segera


Kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah seperti tidak berpenghujung apabila berbagai cabaran dan ujian yang harus mereka hadapi setelah anak-anak yang disekolahkan dilaporkan semakin liar dengan bermacam aktiviti yang tidak berfaedah sekarang ini.

Terbaru, seorang ibu berkongsi tentang kekecewaannya terhadap seorang remaja perempuan yang baru sahaja berusia 13 tahun telah mengambil tindakan yang begitu berani dengan menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepadanya dengan niat untuk mendapatkan anak lelakinya.

Dengan selamba dan bersahaja remaja perempuan berkenaan dilihat bermesej dengan ibu kepada teman lelakinya itu dan mengaku bahawa dia adalah teman wanita kepada anak wanita itu yang dikenali sebagai Khairil.


Wanita itu kelihatan seperti sedang menahan kesabarannya sambil menasihati remaja berkenaan bahawa usianya masih muda dan perlu memberikan perhatian kepada pelajaran bukannya bercinta.

Amat memalukan apabila remaja berkenaan turut menawarkan diri dan menyuruh agar ibu kepada teman lelakinya itu dengan segera menghantar rombongan pinangan agar tiada perempuan lain yang akan mengambil Khairil darinya.



Selepas wanita itu berkongsi tentang keberanian remaja tersebut di akaun laman sosial miliknya, rata-rata netizen berpendapat remaja terbabit seperti tidak mendapat didikan yang baik memandangkan dia begitu berani menghantar mesej sebegitu sedangkan usianya masih muda.

Wanita itu turut menasihatkan ibu bapa di luar sana agar sentiasa memberikan perhatian kepada anak-anak mereka dan turut mengawal akaun laman sosial anak-anak serta perlu menasihati anak-anak perempuan supaya tidak melakukan perkara yang sama. - www.koleksiviral.com

Aku Dah Bertahun-Tahun Tunggu Nak Anak, Tapi Orang Macam Ni Senang-Senang Je...

Satu kisah yang begitu banyak memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Allah menguji kita di titik yang kita sangat lemah dan yang pasti kita tidak pernah menyangka akan mendapat ujian dan dugaan sebegini.

Satu perkongsian yang harus dibaca dan percayalah setiap cabaran yang datang pasti ada sebab dan musabab di sebaliknya. Teruslah melangkah menuju ke depan dengan penuh keyakinan.


Pesakit masuk dibawa MA.
'Kes apa?'
'PV bleed,' jawab MA. (Read: per va-ginal bleed).
Dua org colleagues lelaki dah pandang aku.
'Nak suruh aku tengok la tu.' 🙄
'Alaaa tak nak tengok PV bleed lagi dah hari ni please..' Mengadu.

Pastu colleague lain yg xtau cerita tanya,'kenapa? Siapa O&G on call hari ni? Garang ke?'
'Tak la.. Bukan sebab garang.. Fobia..'

Sebelumnya..

'Najiha, nak passover satu kes. Pt ni single. Last menstrual period 2 bulan lepas. Dtg complain pv bleed dgn lower abdominal pain. Darah dah soaked 3 pads. Deny blood clot or POC (product of conception). Katanya se-xually inactive. Tapi sedara yg bawa syak dia gugurkan kandungan.
'
Lepas colleague balik, mesin scan ditarik sambil menarik langsir. Mencipta ruang berdua bersama pesakit. Dengan harapan dia mahu bercerita.

'Adik, kita scan sket eh.' Ujarku kepada pesakit berusia belasan tahun itu.
Sambil memeriksa perut, 'Adik, adik dah kahwin?'
'Belum.'
'Adik ada boyfriend?'
'Ada.'
'Sorry saya tanya. adik memang xpernah 'bersama' lelaki ke?'
'Xpernah.' Menafikan.

Melihat scan finding, colleague dipanggil.
'Tolong double check jap.'
'Hmm kalau palpate perut, uterus at 20 weeks size. Well contracted.. scan uterus nampak besar tapi kosong.' Dengan mesin scan usang yg menanti masa, kami cuba menafsir.

'Xpela adik. Kita nak sample kencing eh.'
Setelah berkali2 datang dan soal pesakit, sedikit demi sedikit dia membuka cerita yg disembunyikan.
'Saya sebenarnya pernah kena tangkap basah.'
'Bila?'
'Bulan sepuluh tahun lepas.'

'Adik memang ada 'bersama' x?
'Ada..'
'Bila last sekali?'
'Bulan sepuluh tu la.'
'Ok saya minta izin periksa bawah eh? Adik hilang banyak sangat darah ni. Nadi adik laju sangat ni. Kita kena tahu punca.'
Akhirnya. Baru boleh proceed dengan further examination sebab pt dah mengaku se-xually active.

Melihat va-ginal tear, kesabaran mula menipis.
'Adik, adik cakap betul2. Adik dah bersalin kan?'
'Tak.. mana ada..' Masih menafikan.
'Adik xpayah tipu doktor. Adik ingat ktrg ni baru kerja sehari dua ke?' Colleague mula bersuara.
'Aah..'
'Pukul berapa bersalin tadi?'
'Saya xingat..'
'Adik bersalin kat mana? Baby mana?'
'Kat toilet..'
'Baby mana? Besar mana?'
'Saya xtahuuu. Dia lahir2 xmenangis.'
Marah.
Kecewa.
Sedih.
Sakit hati.
Semua ada.
Kenapa, adik?
Why???

'Aku xfaham betullah. Aku punya la bertahun2 tunggu nak anak. Wife aku berapa kali gugur. Tapi orang macam ni, senang2 je..' rungut colleague.
'Sebab Allah akan uji pada titik lemah seseorang..' ujarku perlahan.


Aku pernah terfikir.
Kenapa Allah bagi org2 yg xnk anak, dorang senang sangat mengandung?

Kenapa org yg bertahun2 berusaha demi gelaran seorang ibu, susah sangat nak mengandung? Kadang2 dah dapat anak, anak mereka ssh sgt nk survive..

Aku terlupa.
Yg Allah akan uji seseorg tu pada titik yg paling dia lemah.
Selagi x lepas ujian tu, selagi tu Allah akn uji.

Tanpa kita sedar,
Benda yg kita ssh sgt nk lawan suatu masa dlu,
Kita blh lawan dgn macho nya pada hr ini.
Kecik2 dulu maybe susahnya nak pakai tudung.
Tapi sekarang kalau keluar xpakai tudung, rasa mcm jln xde kepala. So Allah uji benda lain plak. Allah uji apa niat kita pakai tudung plak..

Atau kecik2 dulu susahnya la nak solat. Ayah kejar dengan rotan, baru nak solat. Sekarang, kalau x solat rasa mcm berdosanya hidup. So, Allah uji plak sudut lain. Allah uji plak susahnya nak solat awal waktu..

Hidup ni xkn berhenti dr ujian kan.
Cuma ujian tu je yg berbeza
Yg makin lama makin mencabar.
Yg makin lama makin menggugah iman.

Mcm kecik2 dlu pny la study sakan masa nk upsr.
Sbb rasa ssh nya la upsr tu.
Tapi bila dh umur 17 tahun nk amek spm,
Rasa upsr tu senang blh jwab tutup mata je.

Sbb..
Allah akn uji kita pd titik paling kita lemah.
Allah xkn uji seorg bijak pandai dgn soalan bdk tadika..
Kalau kita sorg yg kaki marah,
Allah Akan temukan kita dgn org2 yg akn asyk buat kita marah.
Utk tgk sejauh mana kita akan cuba bersabar demi Dia.
Sebab Allah nak kita lepas ujian tu.


Allah nk tgk usaha kita utk buktikan kita cinta Dia.
Kerna pada akhirnya,
Yg Allah nilai adlh usaha2 kita.
Struggle kita.
Air mata kita.
Kesakitan kita.
Utk capai redha Dia.
Sebab Allah nak tinggikan darjat kita.
Allah nak angkat kita ke level seterusnya.
Syurga tu kan bertingkat2.
Syurga paling bawah mestilah xsama dengan syurga paling tinggi, kan..

'The cure for pain is in the pain.'
Carilah jawapan di sebalik ujian.
Pasti kau bertemu cintaNya.
Dalam bentuk yg x kau sangka.
'Every next level of life will demand a different you.'
Maka di saat ujian,
Percayalah,
Kesakitanmu xpernah sia2.

Moga titis air mata menjadi saksi ke syurga.
Membawamu ke firdausi,
Syurga tertinggi yg diimpi manusia..

Penulis: Najihah Abh

Pengorbanan Seorang Ayah Dengan Susah Payahnya Demi Mencari Sesuap Nasi Untuk Sekeluarga - Netizen Tersentuh


SHAH ALAM - Demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan keluarganya, seorang lelaki sanggup berdiri di bawah panas matahari sambil memegang cardboard atau sepanduk yang ditulisnya sendiri untuk mendapatkan perkerjaan.

Perkongsian yang amat menyentuh perasaan netizen ini dikongsikan oleh seorang wartawan TV3 yang dikenali sebagai Syafiqah Damanhuri yang ketika menemui lelaki atau pakcik tersebut semasa melalui sebuah jalan di traffic light di persimpang Sejsyen 7, Shah Alam.

Menurut Syafiqah, ketika itu cuaca sangat panas terik dan pakcik terbabit berdiri berhampiran dengan lampu isyarat sambil memegang sepanduknya yang dipercayai ditulisnya sendiri bagi menarik perhatian sesiapa yang membacanya untuk mendapatkan perkerjaan.

Kata Syafiqah, sebagai seorang wartawan, perasaan ingin tahu mengapa pakcik terbabit berdiri di situ, lalu beliau memberhentikan keretanya dan berjumpa lelaki itu.

Menurut pakcik itu, dia sedang mencari perkerjaan memandangkan pihak pengurusan di tempat kerjanya iaitu sebuah kilang bakal mengecilkan operasinya dan akan membuang sebilangan pekerja.



Pakcik yang dikenali sebagai Romdon dan tinggal di kawasan Seksyen 7 itu berkata dia mempunyai beberapa orang anak dan demi ingin mencari sesuap nasi dia harus melakukan seperti ini untuk mendapatkan perkerjaan.

Betapa besarnya pengorbanan seorang lelaki bernama ayah, sanggup melakukan apa saja demi anak-anak dan keluarga tercinta. Semoga urusan pakcik ini semuanya dipermudahkan dan kepada sesiapa yang sedang mencari pekerja bolehlah menawarkan peluang perkerjaan kepada pakcik ini. - www.koleksiviral.com

Akhirnya Cinta Sejati Kini Ditemui Setelah Kecewa Ditinggalkan Kekasih Kerana Berbadan Gemuk


Kisah cinta seorang gadis yang bernama Farziara Lee pernah tersebar dan jadi tular sekitar Julai tahun lalu di mana beliau menceritakan tentang kisah percintaannya yang sedih apabila ditinggalkan seorang lelaki yang bernama kekasih hanya dengan alasan dia seorang gadis gemuk.

Terbaru, sekali lagi Farziara berkongsi pengalaman pahitnya untuk tatapan ramai melalui akaun Facebook miliknya. Semoga yang baik dapat dijadikan teladan kepada semua yang berada di luar sana.


“Dia yang menerima aku di saat aku ditinggalkan tanpa sedikit pun belas kasihan. Aku dikhianati oleh seorang lelaki bernama Mamat *bukan nama sebenar* hahaha...

Mamat meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus. Aku cuma sedar apabila dia bawa seorang perempuan lain jumpa mak dia. Start dari hari tu aku sms dan call direjectnya.

Aku hampir separuh gila diperlakukan sedemikian. Di saat aku gemuk, berat mencecah 90 kilogram, seorang lagi insan bernama Rafi *kali ni nama sebenar* menerima aku, menyayangi aku dan memberi sepenuh perhatian kepada aku.

Dia sangat-sangat menghargai aku. Tak penah sekali pun dia merungut mahupun menyuruh aku cuba diet, kuruskan badan dan sewaktu dengannya. Aku rasa bahagia di samping dia walaupun kadang-kadang pendapat kami selalu tak sehaluan dan selalu gaduh-gaduh manja gituh! Hahaha.

Aku cuma nak cakap terima kasih Muhamad Rafi Mohd Akram, sebab berada di samping aku di saat seorang lagi kaum sejenis hang meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus semata-mata hanya kerana pada waktu tu aku GEMUK *terlalu gemuk rasanya*.

Maklumlah dia kenal aku pun masa kurus tapi sampai GEMUK aku ditinggalkan. Dari berat aku 90 kilogram sampai sekarang 58 kilogram, dari t-shirt size XXL sampai S, dari baju kurung size 46 sampai 36, dari seluar size 38 sampai 30 yang berada di samping aku cuma Mohd Rafi.



Mamat pernah "try" aku balik bila dia tengok aku kurus. Ya aku pernah layan Mamat. Untuk apa? Untuk buat Mamat rasa apa yang aku rasa. Dan aku berjaya buat dia betul-betul sakit hati. Padan muka Mamat!

To my dear Mat Rafi, I love you so much. Aku jadi macam sekarang di atas kehendak aku sendiri dan hanya disokong oleh Mat Rafi, itu pun yang pada mulanya jadi penghalang nombor 1,” cerita Farziara di laman Facebook miliknya di Farziara Lee. - www.koleksiviral.com

Akibat Isteri Tidak Menjaga Pantang Selepas Bersalin, Kerana Tombong Suami Mungkin Akan Cerai

Mungkin ada yang pernah dengan tentang tombong dan mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai perkara ini yang harus diambil berat oleh semua wanita yang telah pernah melahirkan anak.

Tetapi, adalah lebih penting sekiranya golongan suami turut mengambil tahu serba sedikit tentang tombong ini kerana akan membantu dalam perhubungan suami isteri di masa akan datang.

Sekiranya si isteri tidak mengambil tahu serta tidak menjaga dalam pantangnya, si suami haruslah membantunya. Bersama-sama saling membantu supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku kepada isteri yang disayangi.

Sekiranya tidak terjaga maka tombong tersebut terpaksa dibuang dan dipotong, berkemungkinan itu adalah kali yang terakhir buat si isteri yang melahirkan zuriat dari keturunan si suami.


Oleh Mastura Ab Rashid

Kisah keluar tombong (rahim). Semoga menjadi pengajaran kepada semua.

Dulu saya tak pernah tahu ‘tombong’ itu apa. Bila sebut tombong, saya bayangkan serombong kapal. Rupa-rupanya salah.

KISAH 1

Pertama kali saya mendengarnya dari mak mentua yang selalu cerita di zaman kanak-kanaknya dia pernah ternampak seorang nenek yang membasuh pakaian di tepi sungai sambil mencangkung, akan ternampak tombongnya keluar. Sambil tertanya-tanya apa yang dilihatnya itu, sambil itu juga tombong itu berayun ke sana sini seperti buai.

Balik ke rumah, arwah nenek suami memberitahu mak mentua bahawa itu adalah tombong. Orang perempuan yang tak menjaga pantang dan yang main-main dalam pantang, itulah hasilnya.

Sehingga sekarang mak mentua memang selalu ingatkan tentang keluar tombong ini. Bagi orang tua dulu, sekali dah keluar tombong, memang tamatlah fungsi sebagai seorang wanita. Dah tak boleh buat apa. Pergi hospital, potong saja.

KISAH 2

Boleh kongsi bagaimana anda berpantang? Apa pendapat mak dan orang sekeliling anda tentang berpantang selepas bersalin? Wajib atau mengada-ngada atau kolot?

Kisahnya, ada seorang sahabat baik arwah ayah yang merangkap sahabat baik keluarga adalah seorang pakar urut saraf. Pakcik Hassan namanya, menetap di Gombak. Pakcik Hassan buka tempat urutan saraf. Arwah mak kepada Pakcik Hassan pula memang seorang bidan tersohor. Jadi secara tidak langsung, Pakcik Hassan cerita yang dia banyak juga belajar dari mak dia tentang orang perempuan.

Untuk pengetahuan, Pakcik Hassan tak buat urutan bersalin. Hanya mengurut bagi mereka yang terkena slipdisc, jatuh, lumpuh dan kes-kes kritikal yang lain sahaja.

Satu hari, dari biliknya rumah sewanya yang sederet dengan pelajar UIA lain, Pakcik Hassan terhidu bau sesuatu. Makin lama makin kuat, kembang kempis hidung dia menahan bau itu. Sangat kuat, baunya seperti bangkai seperti membuatkan dia mengalami pening kepala.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk awal. Biasanya Pakcik Hassan akan menunggu isteri datang menemankan dia mengurut sampai malam. Waktu mengurut belum bermula lagi ketika waktu pintu diketuk.

Dibuka pintu, tengok ada seorang perempuan muda dan ibunya datang. Perempuan itu menangis-nangis menahan kesakitan. Bau busuk pada ketika itu memang sangat tajam dan teruk! Dah tak terkata apa, cuma perkataan minta tolong sahaja dari perempuan muda ini yang berusia 21 tahun.

Menurut ibunya, anaknya sudah tidak mampu menangis sakit dan menangis kerana keluar tombong. Bau tadi rupanya hasil dari tombong terkeluar tadi. Bayangkan betapa busuknya bau sampai dari jauh pun boleh terhidu.

“Pantang macam mana?” soal Pakcik Hassan.


“Dia memang tak hirau cara berpantang yang betul. Bagi dia, berpantang itu sangat kolot, old fashion dan mengada-ngada. Jadi disebabkan mahu menyenangkan dia, malas jaga anak ketika dalam pantang, dia beli saja makanan di kedai luar. Mi goreng, nasi goreng, sup sayur, ayam goreng dan pelbagai lagi. Bagi dia, asalkan anak kenyang, bayi cukup susu, sudah,” kata ibunya.

“Suaminya mana?” soal Pakcik Hassan lagi.

“Suaminya sudah keluar dari rumah sebab tak tahan bau bangkai. nak tolong isteri, jauh sekali. Yelah, sama-sama muda, isteri tak boleh pakai, keluarlah rumah,” jelas si ibu.

Dalam keadaan serba salah, Pakcik Hassan menjelaskan bahawa isteri dia belum datang. Tetapi ibu perempuan itu merayu-rayu agar anaknya dibantu. Sudah pergi ke hospital tetapi hendak dipotongnya tombong itu. Entah dan tidak pasti sama ada itu memang jalan terakhir atau tidak.

Pakcik Hassan pun pergi ke farmasi untuk membeli sarung tangan dan beberapa perkakasan lain. Kemudian balik semula ke biliknya untuk memulakan rawatan (rawatan pertama dan terakhir kes sebegini yang Pakcik Hassan buat atas sebab belas kasihan).

Selesai menyiapkan diri, Pakcik Hassan tolak tombong itu masuk ke dalam! Akibat terlampau sakit, perempuan muda itu pengsan. Selepas diurut, ditungku dan disapu ubat, 30 minit kemudian barulah perempuan itu sedarkan diri.

Tahu apa perkataan pertama yang keluar dari mulut dia?

“Nak nasi, pakcik.”

Rupa-rupanya sebab tak tertanggung sakit keluar tombong, jadi sampai tak lalu makan beberapa hari. Kasihan betul.

Bila dengar cerita Pakcik Hassan, memang boleh naik bulu roma menahan ngeri. Bersalin pun sakit, ini pula tombong ditolak masuk ke dalam semula dengan cara paksa. Tidaaakkk!! Tiba-tiba rasa jelly-jelly kaki.

Apa kisahnya selepas itu? Saya pun tak tahu, tak tanya pula Pakcik Hassan sama ada dia ada bertemu semula dengan perempuan muda itu atau tidak. Saya harap ibunya sedar betapa pentingnya yang ‘kolot’ ini.

KISAH 3

Jagalah diri dan kesihatan dalaman baik-baik. Saya pernah rasa sakit rahim jatuh (belum sampai tahap tombong), sakit urat yang teruk, meroyan hampir hilang akal.

Walaupun ada mak dan mak mentua yang banyak berpesan, tetapi sebagai orang muda, kita ada waktu sombong kita juga.

Banyak jamu dan ubat yang dijual di pasaran. Boleh pilih mana yang terbaik. Saya sendiri pun sudah mencuba pelbagai jenama sebelum kena bising dengan mak. Ada yang serasi, ada yang tidak. Tetapi yang penting dah tahu perbezaan dan kesan pada badan.

Antara jamu yang pernah digunakan:

Saya suka Jamu Susuk Dara sebab saya beli, makan mengikut nasihat yang diberikan oleh seller yang peramah orangnya dan baik.
NR pun saya pernah cuba. Dapat hadiah dari sepupu abang ipar. Saya serasi dengan produk tersebut. Consultation pun saya dapat dengan betul.

Ambar Kenanga juga pernah dimakan tetapi tidak serasi. Tak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya.

Mak Dara juga pernah dimakan. Terlampau panas dan sentiasa dahaga. Kesibukan bekerja pada waktu itu membuatkan saya selalu terlupa minum air. Juga tidak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya.

Makjun homemade paling serasi dan berkesan dengan saya adalah dari Terengganu. Makcik abang ipar yang buat. Tapi sekarang dah tak buat. Sayangnya.

Makjun Mekah pun saya pernah makan. Serasi juga tetapi selalu lupa simpat, jadinya naik berkulat. Tetapi sekarang saya lebih selesa bercemu.

Kakak Tak Mahu Maafkan Ibu Atas Kelakuan Ibuku Kepada Ayah Dan Kami Semua Adik Beradik Semenjak Kecil Lagi

Kisah menarik tentang satu keluarga yang penuh dengan teladan dan pengajaran kepada kita semua yang sedang menjalani kehidupan berkeluarga. Sesebuah keluarga pastinya ada sahaja masalah yang mungkin sukar untuk diselesaikan apabila membabitkan ibu bapa tetapi tolak ansur dan bijak membuat keputusan mungkin akan menjadi penyelamat keadaan.

Ikuti perkongsian yang begitu menyentuh hati ini dari seorang lelaki yang menggunakan nama sebagai Adam di mana beliau meluahkan isi hatinya tentang keluarganya.

Gambar hiasan
Oleh: Adam 

Assalamualaikum semua. Aku dan adik beradik membesar pada awalnya dengan seorang ibu kandung. Adik beradik aku 4 orang dan aku lelaki paling bongsu 3 lagi semua kakak aku. Ayah aku ni awalnya kerja sebagai buruh binaan. Dan mak aku ni pula suri rumah sepenuh masa. Masa aku kecik ni mak aku ni garang. Dan paling teruk jadi mangsa pukul dan makian dia akak aku. Tengok keadaan siapa yang ada waktu tu. Kadang tu aku pun pernah jadi mangsa pukulan.

Ayah aku ni orangnya ni tak pemarah, baik dan jarang tinggi suara. Tapi mak aku ni kontra. Kadang dimakinya ayah sebab tak cukup duit lah hendak ini lah. Padahal akak tahu mak guna duit main “kutu” atau undi lepas tu beli barang-barang. Bila barang kami disuruhnya minta dekat ayah.

Ada sekali akak tegur mak pasal tak elok marah ayah. Di tamparnya akak. Ada sekali dia gunting rambut akak. Nanti setiap malam dengar je suara akak teresak-esak. Ayah nasihat pun dia carut makinya ayah. Pernah sekali ayah bagi duit dekat akak simpan untuk dia dengan adik-adik sebab kalau tahu mak habis dia perhabis. Di makinya ayah, ayah tengah makan dia lempar penyangkut baju.

Selalu memang aku geram, banyak kali kalau mak buat ayah ke akak macam tu dalam hati aku harap mak MATI. Bukan sekali dua. Banyak kali. Benda tu berlarutan bertahun. Macam-macam kami adik beradik dengan ayah kena maki kena pukul.

Sampai lah satu hari ni. Ayah nekad nak cerai mak dan bawa kami semua pindah. Emak demand. Dia kata nak duit baru dia boleh kasi cerai. Ayah kasi duit entah berapa kami tak tahu. Lepas selesai hal cerai mak dah siap barang kami bungkus dia kata “tak sabar sangatkan. Berambus lah cepat.” Kami semua memang tergamam.

Asalnya utara tanah air. Kami pindah ke selatan tanah air. Waktu tu kami menyewa rumah setinggan rumah kami sewa ni bersambung dengan rumah tuan rumah. Cukuplah kami sekeluarga 1 bilik , ruang tamu dan bilik air. Waktu tu memang payah. Tidur alas lantai je. Akak aku lepastu dapat tawaran sambung belajar.

Ayah usahakan semua, kami yang lain pula masih sekolah lagi. Tapi Alhamdulilah kawasan kami pindah semua orang peramah walaupun duduk setinggan je. Ayah siang kerja buruh malam pula dia jadi tukang masak dekat kedai makan. Bila dah 3 tahun duduk situ. Ayah kenal satu pak haji ni, dia jadi rapat dan akhirnya ayah pinjam duit nak berniaga kedai makan. Lepas bincang dengan kami semua ayah pun mula.

awalnya macam biasalah, warung kan dah tarik regular customer barulah makin hari makin ramai. Dah 2 tahun meniaga ayah beli satu lot kedai untuk bukak restoran jual nasi campur siang. Dan malam pula goreng-goreng.

Akak aku yang sulung pula dia sambung belajar dalam medical dan Alhamdulilah sekarang dah bergelar doktor. Selama dia belajar selama tu lah dia contact kami. Tanya ayah niaga macam mana. Kalau cuti pergi tolong. Akak yang lagi sorang tu sekarang still dekat new zealand dan lagi sorang ada dekat indonesia. Aku je lah dekat malaysia.

Dari rumah setinggan dah ke rumah yang lebih selesa. Ayah pun dah ada 3 restoran. Bila dah berbelas tahun berlalu.

Mak kami datang. Entah macam mana dia dapat info. Raya baru-baru ni. Tengah open house ni ada wajah yang betul familiar. Bila terpandang. Yang paling marah sekali mesti lah akak aku. Tapi ayah dengan aku sambut ibu. Tanya apa khabar. Waktu tu ibu datang dengan family baru dia. Lain tu semua anak angkat sorang je anak dia.

Kami layan lah tetamu kan. Akak yang dua orang tu layan juga. Ibu pun tanya apa khabar sihat ke tak. Aku angguk je. Lepastu ayah suruh aku panggil akak. Naik atas, ketuk bilik dia taknak bukak. Aku spam call dia. Last2 bukak. Bila ajak turun dia marah aku “nak buat turun” lepastu suruh aku panggil dia turun kalau “orang” tu dah balik.

Tapi lepastu kawan akak2 aku datang. Nak taknak dia turun. Tengah berkumpul ni mak aku bersuara “long sihat”? Akak aku buat bodoh je. Sampai sekali tu tiba-tiba akak aku melenting. “Tak nampak ke sihat ni, tanya banyak kali buat apa.” Diam semua kat situ.

Lepas tu ayah aku tegur elok cakap kenapa ni. Hujungnya mak pun balik. Akak tiba-tiba marah tanya kami siapa yang bagi tahu mak rumah kita ni. Aku dengan akak semua tak tahu. Sekali rupanya ayah, waktu bulan puasa keluarga mak datang restoran dia berbuka. Jadi ayah jemput lah datang raya nanti. Dia bagi alamat. Akak diam je.

Aku slowtalk dengan akak, aku cakap dia benda lama kita lupakan je lah. Lepastu dia menangis. Dia marah aku tak ingat ke apa mak buat semua. Lepastu dia cakap kalau jumpa ke terserempak buat je tak tahu. Akak aku yang lain yerlah diorang bizi dekat luar malaysia so jarang lah jumpa. Aku tu kadang-kadang adalah mak ajak makan lah itulah. Nak tolak pula mak sendiri.

Jadi pergi, ada aku ikut diorang beraya ke mana entah. Rumah terbuka diorang. Tapi akak akak aku tak tahu. Ayah aku je tahu. Tapi memang dah berubah betul. Aku ada lah berbual dengan adik beradik tiri aku. Diorang cakap mak aku baik.

Baru-baru ni akak tiri aku, dia ni sama baya dengan akak. Dia ajak jumpa akak aku. Aku pujuk dan dapat lah jumpa. Dia cerita lah pasal mak aku, yang dia menyesal semua. Akak aku dia buat tak tahu je. Last2 habis macamtu je jumpa tak ada apa. Sampai sekarang akak aku dia kata memang tak boleh maafkan ibu.

Dia cakap biarlah dia anggap yang mak kita dah meninggal lama. Aku pujuk berapa kali still tak dengar. Tapi itulah setiap kali aku keluar dengan mak dia selalu mention nak cakap dengan akak. Tapi itulah akak aku dengan ego dia.

– Adam

RM500 Sebulan Untuk Nafkah Anak, Cukup Atau Tak? Tapi Kini Dikurangkan - Wanita Ini Kongsi Pengiraan Bulanan Yang Sebenar

Kisah bekas suami Artis muda telah membuat permohonan untuk mengubah kadar nafkah anak dari RM1500 ke RM500 sebulan dengan alasan kurang mampu.

Membaca komen pembaca akhbar, rata-rata majoriti mengatakan RM500 memang tidak cukup, ada juga yang kata ibu juga patut menyumbang biayai nafkah anak mereka, bak omputih kata share responsibility.

Gambar hiasan
Ada beberapa isu nafkah yang ramai kena faham dan hadam. Mari kita bincang secara umum kerana isu nafkah ini memang isu yang sentiasa menjadi masalah kepada isteri apabila bercerai dengan suami.

1) Tanggungjawab siapakah untuk menyediakan nafkah anak?

Jawapannya terang lagi bersuluh iaitu AYAH-BAPA-DADDY. Bukan Mommy, Mama atau Ibu yang harus memikul tanggungjawab tersebut. Sila rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 233.

Kalau tidak tahu mengenai ini sila pergi kursus perkahwinan sekali lagi dan sentiasa hadir ke Masjid mendengar ceramah tentang tanggungjawab sebagai suami dan ayah.

2)Be realistic. 

RM500 sebulan untuk nafkah bayi. Mari kita buat kira-kira yang paling 'kedekut'

Susu formula RM25x3= RM75
Lampin: RM50x 3= RM150
Makanan bayi RM= RM100
Perubatan = RM100
Insurance = RM100
Jumlah: RM525

Berdasarkan RM500, Anak itu tidak dapat membeli keperluan lain seperti pakaian dan lain-lain. Ini belum lagi campur perbelanjaan kecemasan dan keperluan 2-3 bulan sekali seperti injection vaksin dan lain-lain.

3)Isu pengasuh/taska (RM200-400)

Begitu ramai yang komen mengatakan jika bekas isteri bekerja dan mengambil pengasuh untuk menjaga anak tersebut, maka upah pengasuh/taska tersebut ibu yang harus bayar. Ini adalah komen yang paling kurang cerdik.

Apabila bercerai, ibu yang membayar sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik, bil air, petrol. Ibu yang menyediakan tempat tinggal anak, Ibu itu jugalah yang membayar keperluan lain untuk anak.

Jika ibu itu tidak keluar bekerja, bagaimana ibu itu hendak menanggung kehidupannya sendiri dan anak-anaknya.

Realiti selepas bercerai/masih berkahwin, ibu juga menanggung sebahagian nafkah anak-anak walaupun itu bukan tangggungjawabnya.

Jika tanggungjawab menyediakan nafkah anak pun tak mampu, manakan mampu lelaki yang bernama ayah berkahwin baru dan mempunyai anak-anak lain dengan isteri baru. Bukan menghalang lelaki berkahwin lain tapi jangan sampai nafkah anak terabai. Harus pijak dibumi yang nyata.

Jangan kedekut dengan anak sendiri, anak kan rezeki, bagaimana rezeki nak masuk jika dengan anak sendiri kita sekat nafkah mereka, dan jangan sesekali kerana berdendam dengan bekas isteri, anak yang menjadi mangsa.

Sumber: Azliana Adnan

Isteri Tidak Menyangka Sewaktu Dia Sedang Berpantang Bersalin Suami Makan Luar Dengan Adik Iparnya Sendiri

KUALA LIPIS - Betapa kecewanya seorang isteri apabila mendapat tahu suami yang dikasihi itu telah berlaku curang terhadapnya, lebih memilukan hati, adik kandungnya sendiri yang menjadi punca suaminya curang.

Itulah kenyataan yang harus dihadapi wanita yang dikenali sebagai RY, 35, beliau mendakwa suaminya itu sanggup 'makan luar' bersama adiknya ketika beliau sedang dalam tempoh berpantang setelah melahirkan bongsunya tahun lalu.

Gambar hiasan
"Saya memang tak sangka. Lebih sakit hati saya ni bila suami sanggup makan luar dengan darah daging saya sendiri ketika saya sedang berpantang anak bongsu kami," katanya.

Ibu kepada empat anak ini berkata, pada mulanya dia tidak percaya suami dan adiknya yang ketika itu masih bawah umur sanggup melakukan perbuatan sumbang itu, namun beberapa bukti jelas menunjukkan kecurangan mereka.

Menuru wanita itu lagi, selepas beliau mendesak beberapa kali tentang perlakuan mereka itu, akhirnya mereka mengaku bahawa mereka sedang bercinta dan lebih teruk lagi mereka juga pernah terlanjur.

Hancur berkecai hatinya apabila mendengar pengakuan itu, lagipun wanita itu masih lagi sedang berpantang anak keempat malah suami seperti telah lupa akan pergorbanannya kerana mengandung dan melahirkan zuriat untuknya, katanya.

Saya bernasib baik kerana tidak meroyan akibat perbuatan terkutuk mereka, ujarnya kecewa.

Ry turut menjelaskan bahawa dia pada mulanya tidak mahu melaporkan kepada polis tentang perbuatan suaminya itu kerana memikirkan masa depan anak-anaknya yang masih kecil. Walau bagaimanapun, selepas dinasihatkan oleh ahli keluarganya dia telah bersetuju berbuat demikian dengan niat untuk memberikan pengajaran kepada suaminya itu.


Wanita itu juga memaklumkan bahawa beliau kini sedang melalui proses untuk menuntut penceraian dengan suaminya itu, malah turut berkata akan memikul tanggungjawab sebagai letua keluarga untuk membesarkans erta memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya yang berusia setahun hingga 13 tahun, katanya.

Katanya, suaminya itu kini sedang ditahan dalam penjara di negeri Pahang kerana tuduhan kesalahan merogol serta jika disabitkan kesalahan beliau akan dikenakan hukuman yang berat.

Menurut Ry lagi, beliau telah pun memaafkan perlakuan adiknya itu dan adiknya juga telah pun berumah tangga dengan pilihannya, jelasnya mengakhiri perbualan dengan Sinar Harian.