Bagaimana Cara Hilangkan Sakit Jantung dan Kolestrol Tinggi Dalam Badan

Jus bawang putih untuk jantung

Serangan sakit jantung adalah antara penyakit utama yang menyebabkan kematian yang berlaku secara tiba-tiba tanpa disangka. Biasanya, punca sakit jantung berlaku pada bahagian dada yang dikaitkan dengan masalah jantung sama ada pembuluh darah (Arteri) tersumbat akibat kolestrol dan lemak yang menyebabkan aliran darah terganggu tidak boleh mengalir ke bahagian jantung sesiapa sahaja tidak kira pada lelaki atau wanita.

Tanda-tanda sakit jantung tersumbat atau simptom yang kerap dialami oleh pesakit jantung pada peringkat awal biasanya akan berlaku gejala penyakit jantung seperti yang berikut;

1. Sakit pada bahagian dada, biasanya dada sebelah kiri
2. Kesakitan itu seperti dada ditekan dengan kuat
3. Ada pesakit mengatakan seperti rasa terbakar, pedih ulu hati dan seperti dicucuk.
4. Sakit berkenaan boleh terus merebak ke bahagian leher kiri dan tangan kiri
5. Mengeluarkan peluh yang terlampau banyak (Diaphoresis)
6. Menjadi sesak nafas
7. Sering berdebar-debar
8. Terasa nak pengsan atau kerap pengsan

Walau bagaimanapun, tanda sakit jantung dikatakan mempunyai berbagai jenis dan tanda yang disebutkan di atas adalah antara penyebab yang sering berlaku kepada kebanyakkan pesakit jantung mengikut kajian yang telah dilakukan.

cara merawat sakit jantung tradisional

Bagaimana cara mengatasi penyakit jantung yang amat digeruni ini? Sebenarnya, terlalu banyak jenis perubatan yang dilakukan oleh ramai orang pada hari ini untuk mencegah sakit jantung, sama ada melalui perubatan moden iaitu bertemu doktor pakar atau menggunakan petua serta ramuan tradisional yang dijadikan ubat yang dikatakan ada juga yang paling mujarab.

Di Facebook, seorang wanita berkongsi resepi cara merawat sakit jantung dan cara mengatasi kolestrol tinggi dengan tonik kesihatan yang beliau buat sendiri di rumah. Tonik kesihatan semulajadi tersebut dikatakan sangat bagus untuk meringankan badan serta melawaskan pembuangan selain mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

Menurutnya, resepi kesihatan tersebut didapati daripada seorang pesakit yang kini semakin pulih dan baik selepas mengamalkan pemakanan ubat jantung tradisional tersebut yang menggunakan bawang putih yang dijadikan sebagai jus dicampurkan dengan beberapa bahan lain. Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, badan dikatakan menjadi semakin ringan serta bertenaga dan juga sebagai salah satu cara hilangkan sakit dada.

Lebih mengejutkan, Shakina Ismail turut menyatakan bahawa pesakit berkenaan tidak lagi perlu menjalani sebarang pembedahan bypass yang biasanya dibedah akibat saluran arteri tersumbat selepas sebulan beliau mengambil resepi jus tonik kesihatan yang sangat bagus ini.

Resepi jus ini juga dipercayai sangat bagus bagi ibu-ibu yang dalam pantang untuk kembalikan kecergasan badan, kembalikan bentuk badan yang langsing dan juga sebagai cara untuk membuang angin dalam badan. Tetapi, pengambilan ubat ini harus mengikut kesesuian masing-masing sekiranya bayi masih lagi menyusu badan.

Resepi Tonik Kesihatan Sakit Jantung

Cara nak hilangkan sakit jantung

  • Secawan cuka epal (Apple Cider Vinegar)
  • 1/2 cawan madu

BAHAN A

Cara cepat menghilangkan penyakit jantung

  • Bawang putih 5 ulas besar
  • Halia 3 ketul besar
  • Lemon 3 biji
  • Kopek dan buang kulit bahan-bahan A
  • Basuh dan bilas, kemudian potong bahan A kecil2.

Cara Membuat:

Cara melegakan sakit dada sesak nafas tanpa ubat

  • Blender semua bahan A dgn 2 cawan air.
  • Masukkan bahan A dalam periuk.
  • Masukkan juga secawan cuka epal (Apple Cider).

Ubat sakit jantung

  • Masak semua sekali dengan api sederhana sampai betul2 mendidih. (Masa sedang kacau bacalah zikir dan doa yang bersesuaian untuk sakit jantung demi mencari barokah Allah)
  • Angkat. Biar seketika dalam 30 minit, kemudian masukkan 1/2 cawan madu. Kacau rata.

Petua mengubati penyakit jantung

  • Biar betul- betul sejuk. Masukkan dalam botol. (Saya dapat 3 botol)
  • Simpan dalam fridge.
  • Minum 1 sudu kecil setiap pagi masa perut kosong.

Kaedah rawatan sakit jantung

Inilah jus kesihatan campuran 5 ramuan :
Halia, bawang putih, lemon, cuka epal dan madu yang saya gunakan untuk minum setiap pagi sebelum sarapan.

Tonik yang dijadikan sebagai penawar dah siap disejukkan dan dimasukkan ke dalam botol, boleh disimpan dalam peti sejuk.

BACA JUGA : Cara menurunkan tekanan darah tinggi dengan cepat

Sukatan Minumannya :

Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi saya hanya mengambil satu sudu teh dan itu pun sudah cukup kuat. Semoga bermanfaat buat semua. Saya berkongsi info kerana Allah SWT. - Shakina Ismail

Selamat mencuba! - koleksiviral.com

Petua Putihkan Gigi Dengan Cepat & Berkesan (Cara Memutihkan Gigi)

cara-cara memutihkan gigi

Apabila gigi kita kuning pasti akan membuatkan kita menjadi malu untuk berdepan serta bercakap dengan orang terutamanya orang yang baru dikenali. Apakah cara memutihkan gigi atau apa petua putihkan gigi dengan cepat dan berkesan?

Tidak memutihkan gigi kuning juga menyebabkan seseorang itu akan hilang keyakinan diri malahan akan menjadi tekanan sekiranya tidak dirawat atau dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, putihkan gigi anda segera sebelum gigi menjadi tidak sihat dan rosak akibat makanan dan minuman yang anda ambil setiap hari.

Untuk dapatkan gigi putih, cantik dan bersih dengan cepat pula, tidak semestinya anda perlu berjumpa doktor atau dapatkan produk putihkan gigi di farmasi atau di klinik kerajaan, mengapa?

Sebenarnya, cara memutihkan gigi secara semulajadi atau petua putihkan gigi dengan cara tradisional juga telah terbukti berkesan dan sangat menjimatkan kerana boleh dilakukan di rumah sahaja dan menjimatkan kos.

Petua Putihkan Gigi Dengan Cepat


cara putihkan gigi dalam masa 3 minit

Perkongsian petua dan tips cantikkan gigi dari saudari Fitriah Azman ini menunjukkan cara-cara untuk memutihkan gigi dengan menggunakan bahan yang amat mudah didapati dari rumah sahaja.

Malahan ianya juga senang untuk dibuat dengan beberapa langkah saja menjadikan cara ini sangat senang, cepat dan berkesan. Berikutnya adalah perkongsian beliau cara putihkan gigi dari laman Facebook untuk anda semua.



Posted by Fitriah Azman on Tuesday, October 10, 2017


Cuba anda bayangkan jika anda ingin bertemu dengan orang bisnes atau siapa saja, mesti level confident anda tiba-tiba merudum kalau gigi nampak kuning, betul tak?

Iya lah. Masa COD Spray tudung kat customer mestilah kena senyum. Nak kepochi dengan customer mesti buka mulut, nampak gigi. Jadi, masa ni cuak alahai kalau gigi kuning.

Maklumlah. Pagi tadi je gosok gigi. Nak jumpa orang belah petang, segala mak nenek masuk dalam mulut tu. Tambah pulak tak pernah putihkan gigi, malu kan?

Jadi, saya nak share la petua putihkan gigi dengan dua bahan yang mudah didapati. Saya dah cuba. Terbukti berkesan okay! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar. Korang kena cuba jugak tau.

BACA : Petua Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat

Bahan-Bahan untuk Putihkan Gigi:

Cara putihkan gigi dengan soda bikarbonat

- Soda bikarbonat
- Perahan lemon

Cara Memutihkan Gigi Yang Kuning Dengan Cepat :

Baking soda untuk karang gigi

1. Letak soda bikarbonat dalam bekas.
2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletakkan soda bikarbornat.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi dan campurkan sedikit air.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 3 minit atau 5 minit. Kemudian barulah berkumur seperti biasa.

petua memutihkan gigi dengan garam

Walau bagaimanapun, nasihat Fitriah, cara putihkan gigi sebegini tidak boleh diamalkan dengan kerap kerana dibimbangi gigi akan terhakis kerana selalu menggunakan kedua-dua bahan tadi terutamanya lemon.

Anda juga disarankan menambahkan garam dan Aloe Vera gel ke dalam larutan tersebut untuk tujuan mengurangkan karang gigi anda. Selamat mencuba.

Selain petua untuk putihkan gigi cara tradisional, anda boleh juga membuat rawatan pemutihan gigi atau teeth whitening di klinik gigi swasta dan kerajaan. Jenis rawatan pemutihan agak berbeza mengikut klinik dan kepakaran serta keperluan pelanggan.

Agak-agak berapa harga putihkan gigi di klinik swasta dan kerajaan? Sebenarnya, harga mungkin tidak sama bagi klinik swasta dan sesetengahnya mencecah RM1000 ke RM1200 manakala klinik kerajaan mungkin lebih murah.

Semoga perkongsian petua memutihkan gigi dan cara-cara putihkan gigi dengan menggunakan soda bikarbonat dan lemon akan membantu gigi anda jadi lebih putih dan bersih. Semoga bermanfaat. - koleksiviral.com

Doktor Ini Kongsi 8 Cara Nak Suruh Perokok Berhenti Merokok Dengan Cepat dan Berkesan

Berhenti hisap rokok

Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan dan memudaratkan badan selain mudah mendapat berbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, jantung dan sebagainya. Biarpun kebanyakannya perokok tegar sedar akan hal ini, namun untuk berhenti dengan mengejut bukanlah sesuatu yang mudah.

Mengapa susah sangat nak berhenti merokok? Apakah cara atau tips untuk berhenti merokok dengan cepat dan berkesan? Soalan-soalan seperti ini pasti menjadi pertanyaan mereka yang ingin berhenti dari merokok tetapi masih lagi tidak dapat melakukannya. Ada yang cuba berhenti tetapi akibat kesan berhenti merokok secara mendadak, ada yang sakit, demam dan sebagainya.

Sebenarnya, kesedaran dan keinginan untuk tidak lagi menghisap rokok pasti ada dalam diri mereka yang telah melihat bagaimana orang yang menghisap rokok menanggung penderitaan mereka. Ibu atau pasti isteri pasti terus menerus menyuruh dan memujuk anak atau suami supaya jangan hisap rokok tetapi semua itu tidak menjadi.

Tips untuk berhenti merokok selamanya yang sebenarnya adalah daripada hati dan nafsu sendiri. Cara nak suruh suami atau anak berhenti merokok pula sebenarnya tidaklah susah kerana seorang isteri atau ibu harus memainkan peranan serta berikan kesedaran kepada si perokok tanpa putus asa. Berikan mereka sedikit masa dan nasihati mereka dengan cara yang lembut, pastinya satu masa nanti mereka akan meninggalkan tabiat merokok tersebut.

Perkongsian dari Dr. Ezainy M. Sallih ini menyarankan kepada semua isteri di luar sana agar mengikuti bagaimana cara untuk menangani dan memujuk suami supaya tidak merokok lagi. Petua ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa atau sesiapa yang tidak ingin melihat orang yang disayangi terus merosakkan tubuh badan mereka.

Cara Nak Suruh Perokok Berhenti Merokok

Orang yang menghidu asap rokok berisiko tinggi mendapat penyakit.

Anda berhadapan dengan ahli keluarga yang merokok?
Rasa susah untuk nasihat mereka? Sukar untuk berhenti?

Saya senaraikan beberapa langkah terbaik untuk menghentikan tabiat merokok.

1. Sedut minuman

Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu untuk menhenti keinginan menyedut rokok.

2. Mengunyah dan makan

Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan. Kerapkan makan. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan contohnya. Mengunyah chewing gum juga bagus.

3. Penuhkan jadual bulanan anda

Ini paling best! Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan. Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemah keinginan anda terhadap perkara lain seperti merokok.

4. Banyakkan aktiviti sihat

stop hisap rokok
Bersukan adalah cara terbaik untuk berhenti merokok.

Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.

5. Ingat semula kenapa anda berhenti merokok

Tulis besar-besar di dinding, di pintu peti ais, di dapur dan di bilik. Letak gambar keluarga dan anak-anak. Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.

6. Simpan duit setiap hari

Jadikan amalan menyimpan wang yang selama ini anda guna untuk rokok dengan menyimpan di tabung. Kalau sebelum ini setiap hari beli sekotak rokok berharga sepuluh ringgit contohnya. Sekarang simpan nilai berkenaan setiap hari di tabung simpanan anda. Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak wang yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok.

7. Tulis semua trigger kepada merokok

Anda mesti tahu apa situasi yang menyebabkan anda akan merokok. Tulis dan senaraikan semuanya. Kenalpasti kelemahan anda. Elakkan ia. Tak guna kalau mampu berhenti tiga bulan tapi merokok semula hanya kerana perkara yang anda sendiri boleh elak.

8. Keep on track

Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga, create hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan matlamat anda. Jangan putus asa!

Semoga bermanfaat. Saya doakan anda semua diberi kesihatan berpanjangan dan dikurnia keluarga bahagia.

Dr. Ezairy M.Sallih

Dorongan dan sokongan dari berbagai pihak terutamanya dalam keluarga adalah penting untuk memastikan perokok tegar berhenti merokok untuk selamanya. Kesabaran yang tinggi juga harus ada untuk menangani masalah ini dan perokok juga wajib memujuk hati serta nekad untuk berhenti, MESTI BOLEH. - koleksiviral.com

Petua Kuruskan Badan Dengan Cepat Tanpa Ubat (Tips Turunkan Berat Badan)

Kurus tanpa senaman

Sebenarnya banyak cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan tanpa sebarang ubat-ubatan dan produk yang tertentu untuk dewasa dan remaja. Bermula dengan senaman yang berjadual sehinggalah melakukan diet seimbang untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sesuai tidaklah sesukar mana jika anda mempunyai keinginan yang tinggi ke arah itu, malahan mungkin dalam masa seminggu atau sebulan sudah nampak kesannya.

Dengan melakukan beberapa program diet untuk kuruskan badan dengan cara menjaga pemakanan pastinya impian anda itu berhasil. Yang paling penting tubuh badan anda lebih selamat dan tiada sebarang kesan sampingan daripada bahan-bahan dari ubat diet untuk kurus yang kebanyakannya mempunyai bahan kimia yang tinggi.

Tips Kuruskan Badan


Petua tradisional kuruskan badan juga dikatakan sangat baik untuk diamalkan dan yang penting anda harus tahu apakah makanan untuk kurangkan berat badan anda itu sesuai dengan diri anda. Tapi, ramai yang bertanya adakah cara nak kurus tanpa senaman? Mungkin mustahil, kerana senaman membantu seseorang itu membakar lemak dan sebagainya.

Untuk itu, anda harus mengetahui serba sedikit tentang kondisi badan anda sama ada sesuai atau tidak, apakah jenis senaman yang boleh dilakukan dan apakah cara yang paling sesuai untuk anda lakukan demi menguruskan badan.

Merujuk kepada mereka yang lebih berpengetahuan tentang bagaimana untuk mengurangkan berat badan dengan betul adalah perlu supaya anda tidak melakukan sebarang kesilapan atau memudaratkan diri sendiri.

Berikutnya beberapa tips yang mujarab dan petua kurus secara sihat yang kami kongsikan yang anda boleh amalkan tanpa ubat atau menggunakan sebarang produk yang semakin banyak di pasaran.

Sarapan Pagi

cara menguruskan badan
Ramai yang beranggapan dengan tidak mengambil sarapan pagi, berat badan boleh dikurangkan dengan efektif kerana dikatakan sedang berdiet. Sebenarnya, tindakan ini salah yang akan melambatkan metabolisme tubuh dan mengambil sarapan dengan makanan yang sesuai seperti mempunyai kandungan serat dan protein yang tinggi untuk tenaga adalah diharuskan.

Menu atau makanan untuk kurus yang sesuai bagi sarapan adalah seperti makanan yang kaya dengan serat dan protein seperti sayur-sayuran, putih telur dan juga susu. Pemakanan yang betul dan seimbang juga akan membantu anda untuk kempiskan perut, malahan anda lebih bertenaga.

Minum Air Kosong

Resepi makanan diet

Dengan meminum air putih atau air masak juga membantu dan sekiranya diambil segelas air kosong sebelum makan adalah sangat baik untuk metabolisme tubuh. Anda disarankan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk penjagaan kesihatan tubuh badan supaya dapat membantu proses untuk penurunan berat badan.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Rahsia Bagaimana Dia Turunkan Berat Badan 30Kg Dalam Masa 6 Bulan Sahaja.

Amalkan dengan minum segelas air kosong sebelum makan serta mengurangkan pengambilan makanan berat juga diboleh diamalkan. Dengan meminum air kosong sebelum makan juga mampu memberikan kesan kenyang yang cepat pada perut.

Perbanyakkan Pergerakan

Kurus tanpa ubat

Berjoging dengan teratur adalah salah satu program diet yang sangat disyorkan kerana dengan cara ini kebanyakkan orang boleh menguruskan badan mereka. Apabila kita mulakan dengan jogging pasti senaman turut dilakukan dan lakukanlah cara ini dengan konsisten serta berjadual.

Banyak bergerak seperti larian sebegini adalah satu senaman yang mudah selain untuk kesihatan yang baik ia juga mampu membakar kalori atau lemak di dalam tubuh selepas pergerakan badan seperti larian dan senaman sering dilakukan.

Pengambilan Makanan Berserat

Tips diet turunkan berat badan

Mengambil makanan yang mengandungi serat yang banyak adalah sangat penting untuk sesiapa sahaja kerana ia merupakan salah satu cara untuk diet yang berhasil. Makanan yang mempunyai serat yang sangat tinggi adalah seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Jadi, untuk mendapatkan kesan yang cepat anda digalakkan mengambil makanan seperti sayur dan buah. Elakkan pengambilan makanan yang bergoreng atau mempunyai banyak lemak seperti makanan yang bersantan, dengan itu diet anda pasti akan berjaya.

Jangan Makan Malam Yang Ada Karbohidrat

Mengurangkan berat badan

Untuk mengempiskan perut anda dan penurunan berat badan dengan berkesan anda tidak boleh mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat di waktu malam. Makanan yang berkarbohidrat tidak terlalu diperlukan kerana ketika waktu malam aktiviti yang kita lakukan terlalu terbatas sebaliknya waktu untuk rehatkan badan dan tidur.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin makan pada malam hari, buah-buahan atau sayur-sayuran adalah yang terbaik. Jika anda ingin memakan bersama nasi, pastikan nasi yang diambil itu dalam kuantiti yang sedikit dan lebih baik jika tidak diambil langsung. Sayur rebus adalah pilihan yang tepat untuk tujuan diet anda.

Mengapa perlu diambil ubat-ubatan yang belum tentu kebaikannya sedangkan kita boleh menguruskan badan dengan cara bersenam dan menjaga pemakanan? Cara tradisional dengan menggunakan bahan semulajadi juga adalah antara cara yang terbaik dan mujarab untuk mengurangkan berat badan.

Tanpa diet ekstrem dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bebas daripada lemak pasti perut kempis tak buncit lagi, badan anda langsing, cantik, slim, pinggang ramping dan kelihatan lebih berkeyakinan. Kekalkan berat badan anda dengan amalan memakan makanan yang seimbang dan bersenam selalu dan amalkan tips menguruskan badan dengan mudah dan cepat pasti kesihatan anda akan lebih baik dan kurus dalam waktu yang singkat.

Semoga berjaya. - koleksiviral.com

Cara Hilangkan Resdung Dengan Cepat (Petua dan Rawatan Resdung Tradisional)

rawatan resdung

Resdung adalah sejenis penyakit yang disebabkan terjadinya keradangan atau inflamansi di bahagian rongga hidung atau dinding sinus akibat jangkitan kuman iaitu virus atau bakteria yang menjadi punca dan tanda-tanda resdung. Ia juga turut dikenali sebagai sinusitis walaupun terdapat perbezaan yang mana ia boleh dijangkiti oleh semua orang tanpa mengira had umur.

Cara Merawat & Petua Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat Tanpa Ubat

petua sakit gigi

Apakah cara menghilangkan sakit dengan cepat? Sakit gigi adalah sakit yang akan menyerang gigi sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan ia sangat dibenci oleh semua orang di dunia ini. Serangannya tidak mengira masa sama ada waktu makan atau bila-bila sahaja yang membuatkan pesakit hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan aktiviti seharian.

Terkadang sakit gigi berlubang sampai ke kepala dan telinga dan apakah penyebab sakit yang kita rasai itu terus menerus? Adakah makanan penyebab kesakitan pada gigi kita? Makanan adalah satu faktor yang menjadikan gigi sakit kerana sisa makanan yang tertinggal pada gigi diurai oleh kuman bakteria.

Siapa yang boleh tahan jika gigi sakit dan gusi berdenyut tak terkata? Lebih-lebih lagi kalau gigi berlubang besar memang sangat sakit ditambah dengan gusi bengkak. Biasanya, gigi geraham sama ada atas atau bawah yang sering sakit dan berlubang yang menyebabkan gusi membengkak dan mungkin mempunyai ulat gigi yang menjadi punca kesakitan.

Kalau boleh ingin saja hentakkan kepala ke dinding atau cabut terus gigi yang sakit itu dengan menggunakan apa saja alat yang ada dengan niat supaya kesakitan itu hilang dengan cepat. Lebih parah lagi, semua orang yang ada nak saja dimarah-marahkan. Betul?

cara menghilangkan sakit gigi berlubang
Gigi sakit memang sangat mengerikan dan menakutkan.

Tapi bagaimana cara untuk menghilangkan sakit gigi dengan cepat dan berkesan? Biasanya jika pergi ke klinik kita akan diberi ubat  tahan sakit atau ubat yang dibeli di farmasi pun sama sekadar menahan sakit sahaja memandangkan gigi belum boleh dicabut kerana sedang sakit.

Tetapi, cara perubatan sakit gigi menggunakan ramuan herba asli yang semulajadi atau secara tradisional juga tidak kurang hebatnya kerana ia juga telah membuktikan keberkesanannya yang mampu mengatasi rasa sakit gigi yang teruk.

Malah, menerusi laman CNN Indonesia, seorang pengusaha kosmetik dan jamu yang dikenali sebagai Martha Tilaar turut mengatakan bahawa bunga cengkih adalah salah satu ubat tradisional yang mampu mengubati sakit gigi dengan berkesan.

Beliau turut mengakui petua ini adalah yang terbaik dengan menggunakan bunga cengkih sewaktu berkumur dan sehingga kini beliau masih mengekalkan serta mengamalkannya dan giginya juga masih kuat sampai sekarang, katanya.

Berikutnya adalah salah satu cara menghilangkan sakit gigi dengan cepat dan mujarab menggunakan bunga cengkih dan daun salam seperti yang disarankan oleh Martha Tilaar yang telah menggunakan cara ini untuk mengatasi kesakitan pada giginya sebelum ini.

Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat


cara menghilangkan sakit gigi depan atas
Daun Salam dan Bunga Cengkih

Bahan-Bahan:

3 biji bunga cengkih
5 helai daun salam
Air secukupnya

Cara Membuatnya;

1. Terlebih dahulu anda harus memanaskan air secukupnya sehingga mendidih
2. Masukkan helaian daun salam dan bunga cengkih ke dalam periuk. Sila rebus sehingga  air rebusan tersebut mendidih dan mengeluarkan aroma wanginya.

Cara Menggunakan;

Air rebusan tersebut haruslah digunakan untuk berkumur pada setiap waktu sebelum tidur. Kumurlah beberapa kali ketika air menjadi suam, insha Allah kesakitan itu semakin berkurangan.

Senang bukan? Tidak salah rasanya jika kita mencuba sebagai ikhtiar untuk menghilangkan kesakitan pada gigi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan lain.

Walau bagaimanapun, keberkesanan selepas menggunakan petua ini adalah dikatakan berbeza pada setiap orang. Mungkin kesakitan itu hilang dengan cepat dan mungkin juga lambat di atas sebab faktor-faktor lain yang harus diambil kira. Apa yang lebih penting adalah berikhtiar agar kesakitan yang menyakitkan itu segera hilang dan berkurang.

Sebenarnya, masih banyak lagi petua dan cara untuk menghilangkan sakit gigi tanpa ubat iaitu dengan kaedah tradisional dengan guna bahan-bahan semulajadi yang mudah kita dapati dari rumah. Berikutnya kami kongsikan beberapa petua mudah yang mungkin dapat hilangkan sakit gigi anda dengan segera.

BACA JUGA : Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Cepat & Berkesan Guna Bahan Semulajadi

Ubat Sakit Gigi Cara Kampung

Jus buah untuk menyembuhkan gigi sakit
Buah tomato boleh keluarkan ulat gigi?

1. Air garam juga boleh digunakan dengan cara berkumur iaitu sesudu kecil garam dicampurkan dengan secawan air suam. Kacau dan kumurlah sehingga hilang kesakitan dan pastikan jangan sampai tertelan.

2. Minyak gamat juga boleh digunapakai dengan letakkan minyak gamat pada putik kapas lalu disapukan ke bahagian yang sakit itu.

3. Listerine juga dapat membantu menghilangkan plak gigi yang dilihat sebagai antara punca dan penyebab terjadinya gejala sakit gigi. Kumur dan basuh gigi sehingga bersih dengan 3 kali sehari.

4. Air rebusan sirih tua juga boleh anda guna untuk kurangkan sakit gigi dengan mengambil 10 helai daun sirih yang direbus bersama 5 ke 6 gelas air. Kemudian tapiskan lalu dikumur dan pastikan sakit itu hilang.

5. Mungkin ramai yang belum tahu tomato juga berguna untuk kurangkan kesakitan gigi dan gusi kita. Malahan ia juga mampu mengeluarkan ulat gigi sekiranya gigi anda itu dimakan ulat. Anda hanya perlu memasukkan buah tomato muda yang dibelah dua kepada bahagian gigi yang sakit lalu digigit.

Selepas mengigit, anda perlu berkumur dengan air bersih. Sekiranya petua ini sangat sesuai dengan anda, pastinya sakit gigi anda itu akan hilang dengan cepat.

6. Bawang putih boleh juga digunakan dengan hiris nipis dan ditampalkan pada bahagian sakit itu. Anda perlu membiarkan tempelan gigi bersama bawang putih itu sekurang-kurangnya selama satu jam dan kemudiannya anda lihat sendiri kesannya. Insha Allah akan hilang.

Doa Untuk Rawatan Sakit Gigi

Berikutnya kami kongsikan beberapa ayat Al-Quran yang boleh dijadikan penawar dan amalan bagi mengurangkan sakit gigi mengikut cara Islam. Anda boleh amalkan doa ini dengan kerap sebagai cara cepat untuk menyembuhkan kesakitan yang dialami. Insha Allah pasti ada penyembuhan jika kita membaca dengan yakin.

Doa sakit gigi dalam Islam
Doa Sakit Gigi

Pastikan bawang putih ada bersama ketika membaca doa ini.

Sesungguhnya, sakit gigit itu amat menyakitkan dan menyeksakan dan jangan biarkan kesakitan itu berpanjangan serta berlarutan. Dapatkan nasihat daripada doktor dengan pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan gigi yang terbaik. Mungkin gigi anda masih lagi dapat diselamatkan.

Selalulah gosok gigi mengikut waktu dan cuci dengan bersih, pasti anda jarang sakit gigi jika gigi, gusi dan mulut sentiasa dijaga. Jangan biarkan bakteria membiak di dalam mulut anda, mari membasmi dan mencegah kuman yang ada dalam gigi. Mulai hari ini, anda harus menggosok gigi dengan kerap pada setiap hari.

Semoga perkongsian cara menghilangkan sakit gigi berlubang dengan cepat dan berkesan bermanfaat buat sesiapa saja yang mencari petua sakit gigi. - koleksiviral.com

Kadar Bayaran Terkini Buat Passport Antarabangsa Malaysia & Pembaharuan Secara online

Cara buat pasport Malaysia antarabangsa

Jabatan Imigresen Malaysia telah pun membuat pengumuman tentang kadar bayaran untuk memperbaharui atau membuat passport Antarabangsa Malaysia bagi tempoh selama lima tahun dari tarikh dikeluarkan untuk semua warganegara Malaysia adalah sebanyak RM200 bagi satu pasport.

Ini bermakna harga bayaran yang terbaru itu telah dikurangkan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan kadar bayaran asal yang terdahulu iaitu sebanyak RM300. Pengurangan ini juga menunjukkan kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa untuk tempoh sah selama dua tahun pada tahun 2017 juga telah dimansuhkan.

Kadar Bayaran Pasport Malaysia 2018


Perbaharui Passport Malaysia

1. Pemohon biasa (13 Tahun hingga 59 Tahun) – RM200

2. Warga Emas (60 Tahun ke atas) – RM100

3. Kanak kanak (12 Tahun dan ke bawah) – RM100

Kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun digalakkan membawa gambar bersama semasa membuat permohonan mengikut sepsifikasi yang telah ditetapkan.

4. Siswazah Luar Negara (bawah 21 tahun) – RM100

Pelajar yang berumur 21 tahun dan ke bawah yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Institut Pengajian Tingg (IPT) di luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan yang berikut;

  • A. Surat tawaran IPT atau Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa atau tajaan.
  • B. Resit yuran pendaftaran
  • C. Kad Matrik Pelajar (jika sedang belajar).
5. Jemaah Haji – RM100

Surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang telah dilantik perlu dibawa bersama semasa membuat permohonan pasport.

6. Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma

Golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu membawa Kad Pendaftaran yang telah dikeluarkan oleh JKM sebagai bukti kebenaran.

Cara Terkini dan Panduan Buat Pasport Malaysia Antarabangsa

Sebelum membuat permohonan untuk mendapatkan pasport Antarabangsa, anda disarankan untuk mengetahui serba sedikit tentang garis panduan bagaimana untuk membuat pendaftaran dan memohon pasport sebelum mengisi borang.

Dokumen, gambar pasport, harga kos bayaran, keperluan, kegunaan, surat sokongan dan syarat-syarat untuk dapatkan passport adalah antara perkara penting yang harus anda ketahui dan senaraikan untuk isi borang permohonan nanti sama ada dalam talian atau hadir ke pejabat Imigresen.

Berikutnya adalah maklumat tentang bagaimana untuk buat permohonan pertama kali atau yang baharu. Sila klik pautan di bawah ini:

Garis Panduan dan Prosedur Permohonan Baharu Passport Malaysia Antarabangsa

Cara Permohonan Renew Passport Antarabangsa Malaysia Online

Cara memohon pasport online

Myonline Pasport adalah satu cara dan kemudahan rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan perbaharui Passport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan secara online juga boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit atau kad debit secara terus (FPX).

Pemohon boleh membuat pilihan untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar pasport yang disenaraikan dalam sistem. tarikh dan masa untuk pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan yang telah dibuat.

Waktu serahan. Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Untuk memohon atau semak secara online anda boleh klik pautan di bawah:

Permohonan Passport Antarabangsa Secara Atas Talian

Info Utama Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Melalui portal Jabatan Imigresen Malaysia, anda boleh mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan mudah dan cepat. Semuanya hanya di hujung jari sahaja seperti yang berikutnya:
  • Semakan Status Permohonan Pas Pelajar
  • Semakan Status Permohonan Permit Masuk (myOnlinePermit)
  • Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia - Blacklist (SSPI)
  • Semakan Permohonan Pembantu Rumah/ Pekerja Asing
  • Lain-lain Semakan dan Perkhidmatan Secara Dalam Talian (Online)

INFO PENTING
  1. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  2. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
  3. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
Semoga bermanfaat! - koleksiviral.com