Guru Wanita Berputih Mata Kerana Diperdaya Sindiket Macau Scam Sebanyak RM200K

Baling, Kedah, Seorang guru wanita di sebuah sekolah di Kuala Ketil lesap RM200,000 hasil simpanan dalam akaun KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) lenyap begitu saja apabila ditipu oleh sindiket Macau Scam yang dikatakan menyamar sebagai pegawai bank.

Macau Scam

Berita daripada Astro Awani; Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffudin Yusof berkata pada 1 November lepas, mangsa berusia 57 tahun menerima mesej daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai bank mengatakan bahawa kad kredit mangsa telah digunakan sebanyak RM4,388.

Beliau berkata mangsa kemudian diminta membuat panggilan ke satu nombor sekiranya tidak melakukan transaksi itu dan kemudian bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai David Lim.

"David memaklumkan bahawa pengadu telah berhutang sebanyak RM8,236.80 atas kad kredit Visa Gold dan meminta mangsa menghubungi Bank Negara Malaysia di satu nombor yang diberikan.

"Mangsa menghubungi nombor itu dan bercakap dengan individu bernama Lim Khar Meng yang kemudian memintanya menghubungi seorang lagi individu bernama Lim Chin Teong," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shariffudin berkata setelah menghubungi Chin Teong, mangsa diarahkan untuk membuat pindahan wang ke akaun diberikan dan mangsa membuat dua kali pindahan wang daripada akaun Maybank miliknya iaitu sebanyak RM29,995.09 ke satu akaun yang tidak dikenal pasti pada 5.20 petang.

"Mangsa turut membuat pindahan wang ke satu lagi akaun yang tidak dikenal pasti berjumlah RM9,995.07 pada 5.23 petang," katanya.

Apabila curiga dan merasakan dirinya ditipu, beliau berkata mangsa menelefon ibu pejabat Maybank namun tidak lama selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada Chin Teong yang memarahinya kerana mengganggu siasatan yang beliau kendalikan.

"Chin Teong mengatakan bahawa akaun bank mangsa telah dijadikan akaun untuk penggubahan wang haram dan mangsa diminta tidak memberitahu sesiapa berkenaan hal itu," katanya.

Dua hari selepas itu iaitu pada 3 November kira-kira 3.22 petang, Chin Teong kemudiannya menghubungi mangsa sekali lagi dan meminta mangsa memasukkan wang ke akaun lain untuk sementara waktu kerana akaun mangsa telah digunakan untuk penggubahan wang haram.

"Pengadu kemudian telah membuat deposit tunai di mesin ATM Public Bank Kuala Ketil sebanyak 11 kali dengan jumlah keseluruhan sebanyak RMRM98,000 ke akaun Public Bank atas nama Chong Hon Mun," katanya.

Beliau berkata, polis akan menghantar permohonan Financial Services Platform (FSP) ke bank-bank terlibat dan syarikat telco, selain menyiasat nombor talian yang digunakan suspek.

"Jumlah keseluruhan kerugian ialah RM212,210. Kita telah merakam percakapan mangsa dan membuat akuan serah terima resit bank daripada mangsa, kita akan kesan dan tangkap suspek," katanya. -BERNAMA


Petua Awet Muda Dara Kembali Hanya Dengan Rebusan Halia Daun Pandan dan Gula Batu

PETUA AWET MUDA. Air Rebusan Halia + Daun Pandan + Gula Batu =

Terbukti berkesan untuk mengembalikan DARA anda semula. Sepertimana yang dikongsikan oleh Fb Saudari Nieza Suriza.






Cara-cara Petua Awet Muda:

1. Dapat mengempiskan perut
2. Hilangkan lenguh2 badan
3. Buang angin di dalam badan
4. Mengecutkan peranakan untuk wanita

Hanya dengan meminum sehari 2 kali, saya selalu buat ni, sedapp, kembali dara u...hihi

Kisah Inspirasi Daripada Seorang Cleaner Pencuci Tandas Kini CEO Yang Disegani

Bagaimana seorang lelaki yang berkerja sebagai Cleaner Pencuci Tandas akhirnya menjadi seorang CEO yang sangat disegani ramai orang.


Kisah inspirasi ini mungkin akan menyuntik semangat kepada sesiapa saja yang membaca kisah ini hingga ke noktah terakhir. Setiap sesuatu yang diciptakan Tuhan adalah tidak salah apatah lagi kepada manusia. Andai ada yang memikirkan dirinya tidak akan mungkin berjaya dan juga banyak kekurangan diri, sebenarnya individu tersebut belum mencari kelebihan yang ada dalam dirinya.

Dikenali sebagai Zaidi Bin Harun, seorang lelaki biasa dari keluarga sederhana nun jauh di utara. Mengorak langkah setelah tamat pengajian di menara gading. Berhempas pulas untuk mendapatkan kerja bagi menyara diri dan keluarga. Namun nasib tidak menyebelahi walaupun segulung ijazah bersama.

Zaidi tidak pernah berputus asa dan mencari kerja tanpa memilih jawatan dan jenis perkerjaan. Akhirnya kerja sebagai Cleaner dan pencuci tandas yang ada ketika itu, Zaidi tetap bekerja demi mencari pendapatan tanpa mengira angka gaji.







Masa terlalu cepat berlalu dan terlalu banyak kepayahan yang dihadapi untuk meneruskan kehidupan. Pekerjaan bertukar ganti dan akhirnya Zaidi dapat menjawat jawatan kerajaan sehingga jawatan terakhir Zaidi iaitu Penolong Pengarah AADK (Agensi Anti Dadah) sebelum membuat keputusan untuk berhenti.

Kini Zaidi mampu menarik nafas lega apabila telah memiliki syarikat dan anak syarikat dengan titik peluh sendiri. Zaidi Harun adalah CEO MAHZ Company dan Printing Star 1912 adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya yang mencetak segala jenis pakaian dan kini semakin berkembang menjadi kilang menjahit dan mencetak sekaligus serta menjadi pembekal untuk tender kerajaan.




INSPIRASI: Setiap ujian yang dilalui harus dihadapi dengan sabar serta jangan terlalu memilih setiap kerja yang datang demi sesuap nasi. Matlamat dan cita-cita harus ada dalam setiap orang. Melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang, in sha Allah berkat kesabaran dan doa, kita dapat apa yang diimpikan namun, kita mampu merancangan tapi perancangan Allah lebih baik daripada yang kita harapkan.

Pasar Online Barang Runcit Hanya Di Hujung Jari

Hari ini anda tidak lagi perlu bersusah payah jika hendak ke pasar untuk membeli banyak barang seperti sayur, ikan, udang dan sebagainya.

Kini ada pasar online yang dikenali sebagai Pasar Tap. Anda boleh order apa saja yang diinginkan melalui applikasi di Google Play iaitu PasarTap dan juga laman web.


Caj penghantaran hanya RM3, apa saja yang anda order akan dihantar ke alamat seperti yang anda berikan, samada rumah dan pejabat. Anda hanya perlu klik order dan dalam masa 2 jam semua barangan yang anda beli akan sampai.





Pasar Tap hanya mempunyai kawasan tertentu sahaja untuk pengguna perkhidmatan mereka. Untuk maklumat lanjut tentang kawasan penghantaran perkhidmatan Pasar Tap sila layari laman web mereka di www.pasartap.com dan juga di Play Store Pasar Tap.

Resepi Kimchi Yang Paling Mudah Dan Simple

Resepi Kimchi yang paling simple dan mudah ini dikongsikan oleh Puan Aimah Rasidi melalui Facebooknya. Kimchi adalah makanan tradisional orang Korea dan agak ramai orang Malaysia yang amat menyukai makanan ini.

Berikut di bawah ini gambar yang menunjukkan cara untuk membuat Kimchi dengan mudah dan cepat. Sila baca bahan-bahan Kimchi dan juga cara untuk membuat Kimchi.









Ramai Tawarkan Untuk Membeli Si Tuah Kucing Yang Bermuka Dua


#KUALA NERUS: Kucing bermuka dua jadi viral dan ramai yang ingin membelinya sejak cerita berkaitan dengannya heboh diperkatakan di media sosial Malaysia dan ramai orang Malaysia meminati dengan kucing yang sangat ajaib ini.

"Ramai yang menawarkan untuk membeli dan menjaga kucing bermuka dua selepas cerita mengenainya menjadi viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak Ahad lalu," kata Siti Ruszaihaa Mamat, 28, dari Kampung Teluk Ketapang, di sini.

#Bagaimanapun, gadis itu sudah membuat keputusan untuk membelanya dan berharap ia dapat membesar dalam keadaan sihat seperti kucing lain.

#Menurut Ruzaihaa, ketika kucing itu dilahirkan Sabtu lalu, dia menyangkakan anak kucing yang baru dilahirkan itu sudah mati, namun terkejut apabila ia mengiau sebaik diangkat.

#Ruzaihaa juga menjelaskan "Ibu kucing berkenaan yang dipelihara sejak setahun lalu, turut melahirkan seekor lagi anak kucing yang normal," katanya seperti yang diceritakan melalui BH Online

#Jelas Ruzaihaa lagi, walaupun dia agak terkejut melihat keadaan rupa kucing itu yang pelik, dia tidak akan membiarkannya mati walaupun ibu kucing itu membiarkan anaknya bersendirian.

#"Bimbang ia tidak dapat bertahan lama, Ruzaihaa mencari susu formula dan membawanya ke Klinik Veterinar Daerah di Bukit Kecil untuk mendapatkan rawatan untuknya.

#"Alhamdulillah, keadaan anak kucing ini bertambah sihat dan klinik memberi ubat sapu bagi mengelakkan jangkitan kuman," katanya yang memberikan kucing itu nama Si Tuah.

#Mengikut penjelasan dari Pegawai Perubatan Veterinar Kuala Terengganu, Dr Khairul Anwar Mohamad, berkata kes kucing bermuka dua itu dirujuk kepada pihaknya Ahad lalu dan pemeriksaan biasa mendapati kucing itu tidak mengalami sebarang masalah cuma ia bergantung kepada ketahanan badan 100 peratus untuk terus hidup.

#"Mengikut rekod, kejadian ini adalah yang pertama di negeri ini dan sesuatu yang luar biasa. Bagaimanapun, jika kucing ini dijaga dengan baik dan diberi makanan bersesuaian, ia mungkin boleh bertahan lama," katanya. - Trendingkatanya.blogspot.com



Tips Yang Amat Berkesan Untuk Mudah Bangun Pada Waktu Subuh

Bagaimana Tips Mudah Untuk Bangun pada waktu subuh ini sangat mudah dan amat berkesan kepada sesiapa sahaja yang mempraktikkannya. Ya sangat-sangat berkesan.


Tips Untuk Mudah Bangun Subuh


#Suruh manusia yang kejut anda. Bukan gajet !

#Ok bagi yang agak liat bangun subuh,sis sarankan korang hired seseorang yang anda boleh harapkan.

#Mak sis adalah manusia yang paling sis respect sebab tak payah suruh dia kejutkan pun, dia nanti mai gegaqkan mimpi indah sis. Cara-cara yang dia guna untuk kejut sis pun,boleh tahan dasyat yakmattt..

#1. Guna KATAK letak dekat muka sis. Sis memang paling tak boleh blah dengan katak. Bukan katak kodok yang gerutu tu dia guna.. Katak puru yang licin dan sejuk tu! Katak tu kan jarang lompat. Lepastu mak sis pura2 lah kejut sis bangun subuh. Sis buka je mata terus melompat! Aduhhmakkkk mmg terus pegi toilet ambil wudu'.

#2. Pasang RADIO ditahap maksimum. Mak sis cerdik, dia takkan guna lagu biasa2. Mak sis takkan pasang lagu hindustan sebab dia tau sis peminat tegar hindustan. Dia pasang lagu tamil di tahap maksimum. Yeahh as we know, lagu2 tamil sangat rancakkk. Radio agak jauh dari katil sis. Maknanya sis memang kena bangun tutup. Dah alang2 bangun tu,sis terus ambil wudu'.

#3. Letakkan KETUL AIS dalam baju. Korang tau tak ketul ais yang dibuat dalam bekas tupperware tu? Bukan ketul ais kecil2 tu. Bila dah sis tersedar, habis basah baju sis. Maknanya memang sis kena bangun jgk tukar baju. Lalu sis pun pergi toilet ambil wudu'.

#4. Buka KIPAS maksimum! Ni mesti korang pelikkann. Selalunya org tutup kipas. Sis memang jenih tak tahan sejuk. Tidoq xdak kipas pun sis steady ja. Tak percaya tanya roomate sis,azila ayub. Kekeke. Sis cari selimut takdak atas katil. Maknya sekali lagi sis kena bangun tutup kipas dan sis pun terus pergi toilet ambil wudu'.

#5. IQAMAT ditelinga dan sedikit kata2 sindiran yang menusuk kalbu. Cara ni cara paling haluih yang mak sis guna. Ayat last tuu paling power. "Kak oiii.. Hang nak tidoq kat dunia ni lama2, sat lagi tidoq selama2 nya kott" . Takut sis dengaq weyy..kang tak sempat pulak sis nk taubat! Lalu sis pun pergi ke toilet ambil wudu'.

#Haa itu sahaja tips dan pengalaman sis. Pengalaman korang pulak acanorrrr? Cerr citerr.. Muahahaha.

#Tips mudah bangun waktu subuh ini dikongsikan oleh Saudari Effa Asyifa melalui FBnya.

Guru Wanita Kesal Apabila Gambar Kurang Elok Tersebar Bila Handphone Hilang

Seorang guru wanita dari utara tanahair meluahkan kekesalannya apabila mendapat tahu gambar-gambar peribadinya tersebar di laman sosial. Katanya, gambar tersebut tersebar setelah telefon bimbitnya hilang sewaktu membeli belah di satu kompleks membeli belah di ibu negara.

Jelasnya lagi, gambar-gambar tersebut adalah sekadar untuk simpanan peribadi, katanya yang juga sangat suka mengambil gambar sendiri iaitu selfie. Guru wanita berkenaan meminta sesiapa saja yang telah menyebarkan gambarnya agar berhenti melakukan perbuatan itu.

Sumber Facebook

Bagaimana Air Hirisan Lemon Boleh Membantu Menurunkan Suhu Badan Baby

Suhu badan baby panas? Kepala bayi panas? Tak tahu sama ada dia demam atau tak sihat? Anda sedang cari petua untuk hilangkan panas suhu badan si comel anda? Jangan risau, sebenarnya ada petua tradisional cara kampung yang mujarab boleh anda amalkan.

Petua kali ini menggunakan lemon untuk menurunkan suhu badan anak yang panas. Mengapa lemon? Melalui kajian yang telah dilakukan oleh pakar berkaitan, lemon sememangnya salah satu buah yang memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada manusia dari segi perubatan.

Terbaru lemon digunakan untuk mandian baby bagi menurunkan suhu panas badan baby dengan cepat dan mujarab. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh saudari Nur Syamsina melalui Facebook beliau. Seperti yang diceritakanya seperti berikut:

cara hilangkan panas badan bayi

Salah seorang baby di Taska mengalami Mild Fever, jadi, hari ini dia ingin menggunakan rawatan semulajadi untuk turunkan suhu badan baby yang panas. Katanya mandian Lemon dapat membantu menurunkan suhu badan pada tubuh baby dengan cara yang sangat mudah dan juga senang untuk dipraktikkan di rumah.

Caranya:
  1. Tuang air ke dalam besen atau bekas yang besar untuk mandian baby
  2. Masukkan hirisan-hirisan lemon mengikut kadar yang anda suka
  3. Ketika mandi, ramas-ramaskan lemon di dalam air dan lumurkan pada badan baby

Katanya, selepas mandian lebih kurang dalam 10 minit berendam, suhu badan baby akan turun seperti sediakala. In sha Allah.

Menakjubkan bukan? Rupanya ubat seperti ini boleh saja didapati di rumah. Kongsikan kepada mereka yang memerlukan, manalah tahu nanti ada yang anak mereka suhu badan bayi mereka panas mendadak, mereka boleh amalkan petua ini. Semoga bermanfaat.

Seorang Wanita Memiliki Ijazah Gembira Dengan Hanya Menjual Kipas Di Pasar Malam

Bagaimana seorang wanita yg memiliki ijazah gembira dengan kehidupannya dengan hanya menjual kipas di pasar malam?







- Effa Asyifa anak muda berwawasan ini tinggal di Kepala Batas.:
Sumber: Effa Asyifa dan Penang Kini

Video Susulan Kes Pukul Nepal Kurang Ajar Peluk Isteri

Video susulan kes yang menyebabkan pergaduhan besar antara Genji Buskers dan seorang lelaki Nepal yang memeluk isterinya.

Saksikan beliau menceritakan keadaan sebenarnya.

Nepal Peluk Isteri Aku - Aku Menjalankan Kewajipan aku Sebagai Seorang Suami

Seorang lelaki berang apabila isterinya dipeluk oleh lelaki Nepal yang tak dikenali di hadapan Kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur.

Antara petikan dari FB beliau:

hati2 dgn nepal... aku ngah setup brg busking dpn sogo td.. dia dtg peluk farah n raba... farah tumbuk sedas... aku just jalankan kewajipan sbg suami sahaja... tak sedar tau2 keras pastu darah meleleh ... aku tau malaysia akan melindungi penjenayah macam nepal ni lps ini aku yg kedalam... tq ‪#‎najibrazak‬ rezeki aku bukan dikaki lima lagi... selepas berkahwin dugaan lebih besar yg dtg ...




Gadis Viral Dikatakan Adik Kepada Fazura Muka Sebijik Macam Fazura

Viral terbaru seorang gadis yang memiliki wajah seperti artis ternama fazura menjadi bualan netizen kerana wajahnya sangat serupa dengan Fazura. Gadis ini dikenali sebagai Nana dan di Instgram yang mempunyai follower lebih daripada 41 ribu.

Sungguh mengejutkan kerana rupa gadis yang berusia 18 tahun ini seakan-akan sama dengan Fazura. Anda tengok dan nilaikan sendiri.

















Sumber: Fazura dan Nana