Datuk Tiada Wang Tunai Dibelanja Petugas Kaunter Berhati Mulia di Restoran Makanan Segera



Viral di media sosial kisah seorang pemuda yang berhati mulia yang juga petugas kaunter di sebuah restoran makanan segera tarik perhatian warga netizen apabila seorang pelanggan tidak mempunyai wang tunai untuk membuat pesanan makanan, namun apa yang dilakukan pemuda terbabit amat mengejutkan.

(VIDEO) Percutian Satu Keluarga Diganggu Lembaga Hitam Yang Mengilai Dari Dapur Pangsapuri

diganggu makhluk halus yang menakutkan

Satu keluarga daripada 22 orang sedang bercuti terpaksa berdepan dengan saat yang menakutkan apabila kelibat lembaga hitam yang berbadan besar mengilai dari dapur sebuah pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan dan seorang daripada mereka diserang histeria.

Kejadian yang menakutkan itu dilaporkan telah berlaku pada 19 Disember lalu iaitu pada malam terakhir keluarga berkenaan yang menginap di tempat percutian tersebut sebelum membuat keputusan untuk mendaftar keluar pada keesokkan harinya.

Memetik laporan Harian Metro, segalanya bermula ketika malam pertama mereka berada di situ iaitu salah seorang daripada mereka mendakwa terdengar suara orang mengilai di bahagian dapur manakala di bahagian atas kedengaran seperti orang yang sedang berjalan kaki.

Kisah benar itu ternyata berlaku apabila satu rakaman video telah dirakamkan oleh salah seorang ahli keluarga berkenaan selepas terdengar suara menakutkan itu malahan kedengaran juga orang yang sedang tidur berdengkur selain lampu yang sekejap hidup sekejap dimatikan berada di dapur.

Terdapat beberapa rakaman video kejadian yang sempat dirakamkan yang membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku apabila paparan menunjukkan kelibat lembaga hitam itu berada berhampiran pintu di sebuah pangsapuri berdekatan sebelum ia hilang.

Menceritakan peristiwa itu, Siti Fatimah Mujahidin, 34, berkata, selepas beberapa minit kemudian, adik bongsunya Muhammad Yussuf, 20, mula mengalami gangguan selepas melihat lembaga itu di dapur.

"Cerita ini bukan rekaan kerana ia berlaku di depan mata kami, malah ada rakaman video menunjukkan lembaga itu berada di situ.

"Berikutan itu, suami saya, Muhammad Salman Haidir, 32, melaungkan azan dan suara Yussuf bertukar garau. Kejadian bermula pada 4 pagi dan berakhir sejam setengah kemudian sebelum Yussuf kembali sedar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lembaga Hitam Besar mengilai di Dapur KELIBAT lembaga hitam berbadan besar mengilai dari dapur pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan menghantui percutian 22 orang daripada sebuah keluarga sebelum seorang daripadanya diserang histeria. Kejadian mengerikan itu berlaku pada 19 Disember lalu iaitu pada malam terakhir keluarga terbabit menginap sebelum mereka mendaftar keluar pada keesokan hari. Ceritanya bermula pada malam hari pertama mereka mendaftar masuk apabila seorang daripada mereka terdengar suara mengilai di bahagian dapur manakala di bahagian atas pula kedengaran seperti orang berjalan. Kisah itu dikuatkan lagi dengan rakaman video sempat dirakam seorang ahli keluarga terbabit apabila kedengaran suara seperti orang tidur berdengkur sementara lampu di dapur sekejap hidup sekejap dimatikan. Malah, beberapa lagi rakaman video menunjukkan kelibat lembaga itu berada berdekatan pintu sebuah lagi pangsapuri sebelum hilang. Menceritakan peristiwa itu, Siti Fatimah Mujahidin, 34, berkata, selepas beberapa minit kemudian, adik bongsunya Muhammad Yussuf, 20, mula mengalami gangguan selepas melihat lembaga itu di dapur. “Cerita ini bukan rekaan kerana ia berlaku di depan mata kami, malah ada rakaman video menunjukkan lembaga itu berada di situ. “Berikutan itu, suami saya, Muhammad Salman Haidir, 32, melaungkan azan dan suara Yussuf bertukar garau. Kejadian bermula pada 4 pagi dan berakhir sejam setengah kemudian sebelum Yussuf kembali sedar,” katanya ketika dihubungi. Tidak cukup dengan itu, Muhammad Salman turut membaca ayat suci al-Quran, sekali gus meredakan gangguan dialami. “Alhamdulillah dengan izin Allah keadaan kembali pulih. Pada 8 pagi, selepas mandi, kami menghubungi penjaga apartmen dan dia datang untuk pemeriksaan. “Kami cerita apa yang berlaku padanya namun dia hanya terdiam dan meminta maaf,” katanya. Kisah dialami Siti Fatimah sekeluarga dikongsikan dalam Facebook miliknya hingga mendapat pelbagai komen daripada netizen. Menerusi hantaran bertajuk ‘Peristiwa Diganggu Semasa Bercuti’, netizen memberi komen antaranya: ‘’Saya pernah menginap di apartmen itu, memang kawasan situ hot (panas)...jam 2.30 pagi, saya terlihat orang tanpa kepala. “Moga kita semua dijauhi perkara tak diingini, perkongsian bagus dan wajib percaya benda itu wujud dan ada.” HMetro : Selasa, 24 Disember 2019 @ 10:04 PM

Posted by Dari Alam Angker on Tuesday, December 24, 2019


Tidak cukup dengan itu, Muhammad Salman turut membaca ayat suci al-Quran, sekali gus meredakan gangguan dialami.

"Alhamdulillah dengan izin Allah keadaan kembali pulih. Pada 8 pagi, selepas mandi, kami menghubungi penjaga apartmen dan dia datang untuk pemeriksaan.

"Kami cerita apa yang berlaku padanya namun dia hanya terdiam dan meminta maaf,” katanya.

Kisah dialami Siti Fatimah sekeluarga dikongsikan dalam Facebook miliknya hingga mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Menerusi hantaran bertajuk ‘Peristiwa Diganggu Semasa Bercuti’, netizen memberi komen antaranya: ‘’Saya pernah menginap di apartmen itu, memang kawasan situ hot (panas)...jam 2.30 pagi, saya terlihat orang tanpa kepala.

Semoga kita semua dijauhkan perkara sebegini dan gangguan makhluk halus seperti ini sememangnya amat menakutkan namun kita masih boleh mengusirnya dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang terbukti sangat menakjubkan mampu menakutkan dan memusnahkan iblis dan syaitan. - koleksiviral.com


Pasangan Kembar Meninggal Dunia Selang Dua Minggu Selepas Kemalangan Jalan Raya



Dua minggu lalu, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Najib Muhammad Fakri, 16, yang juga anggota Jabatan Amal PAS Bukit Gantang dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan bersama kembarnya di Jalan Changkat Jering, Taiping, Perak.

Muhammad Najib telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Taiping manakala kembarnya iaitu Muhammad Nabil dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut.



Walau bagaimanapun, selepas dua minggu Muhammad Nabil menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, beliau akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.05 pagi seperti yang dikongsikan laman Facebook page Jabatan Amal Bukit Gantang.


Melalui perkongsian tersebut Jabatan Amal Bukit Gantang menyifatkan pemergian kedua-dua kembar berkenaan adalah satu kehilangan besar buat mereka kerana kedua-duanya memiliki sifat dan sikap yang terpuji malahan sering terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Pemergian yang di cemburui
Pemergian yang di cemburui 😭😭... Mohon like & Follow Page ini. #JabatanAmalMalaysia #PemudaPASPerak
Posted by Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tambun on Friday, December 20, 2019


Malahan ketika kejadian tersebut berlaku, kedua-dua arwah dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas mereka sebagai sukarelawan Jabatan Amal PAS dalam satu program politik anjuran Markas Operasi PAS Bukit Gantang.

Al-Fatihah. - koleksiviral.com

Perginya Seperti Seorang Syahid Yang Dermawan Amat Dicemburui Ramai - Ustaz Zamri

ganjaran mati syahid

Setiap dari kita yang hidup pasti akan mati dan semua manusia pastinya akan mengalaminya cuma pemergian saja akan berbeza-beza. Apabila tibanya ajal, tiada sesiapa yang akan mampu menahan walau sesaat datangnya kematian kepada mereka yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Pastinya semua orang yang beriman menginginkan pengakhiran kehidupannya dalam kebaikan atau khusnul khotimah. Namun, siapa kita untuk menentukan, hanya iman dan amalan ketika hidup saja akan membantu kita nanti, insya Allah.

Perkongsian melalui Facebook seorang pendakwah dan juga pakar motivasi yang dikenali ini iaitu Ustaz Zamri Zainuddin pasti akan menyentuh hati apabila beliau kongsi kisah sahabatnya yang telah meninggal dunia dalam husnul khatimah sewaktu menjalani ibadah umrah.

Dikhabarkan, sahabat Ustaz Zamri telah meninggal dunia pada 17 Disember lalu dan turut sempat bersama dengannya ketika di Jordan sewaktu bersama-sama mengikuti program Umrah 3 Masjid.

Perginya Seperti Seorang Syahid


Hari ini saya diberi kesempatan untuk menziarahi Keluarga Almarhum Hamidi Muhram yang sempat seketika bersama saya di Jordan dalam Program Umrah 3 Masjid.

nikmat mati syahid

Saya mendapat keizinan dari Keluarganya untuk memaparkan beberapa gambar-gambar Allahyarham sebagai satu ibrah yang hebat yang boleh dikongsikan kebaikkannya di dunia ini.

Saya sempat bersama Allahyarham ketika di Hospital, ketika beliau nazak seterusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahuakbar.

Pada pemerhatian saya, Allahyarham telah dijemput seakan-akan seperti seorang syuhada’. Lihat sahaja pada jari telunjuknya yang tegak yang hanya boleh dilihat pada mereka yang syahid sahaja.

Dan wajahnya seakan-akan gembira dan senyum kepada jemputan ini. Allah saya sangat mencemburui kematian ini. Ini juga tanda benarnya Allah mengampunkan Dosa-dosa mereka yang melakukan umrah. Allah!

mati shahid

Rupanya amalannya di dunia begitu hebat tanpa perlu dikecoh-kecoh. Hanya Allah dan makhluk di langit sahaja mengetahuinya. Beliau antara mereka yang berusaha menyiapkan Surau yang baru dibina di taman kediamannya di Taman Kanching Tun Teja.

Beliau juga menguruskan peninggalan harta keluarga tanpa mengambil bahagian dari hasilnya. Diserahkan kepada adik-beradik lain yang memerlukan. Sangat dermawan orangnya. Sempat mengeluarkan sikit kewangan untuk bantuan Syria kepada Mursyid Mantop Travel yang bertugas.

Rupanya inilah antara amalan-amalan di dunianya yang dilakukan dalam banyak yang tidak diketahui oleh kita. Allah anugerahkan dengan kematian yang sangat dicemburui oleh sekelian mahkluk di dunia ini.

Hamidi Murham Syahid

Saya difahamkan oleh keluarga Allahyarham yang tiba di Jordan melihat pengebumian Allahyarham bahawa ramai Arab-arab di sana memarahi mereka bila mereka menangis. Mereka kata kepada Allahyarham adalah Syahid, kenapa kamu perlu menangis. Allah!

Pergilah dikau dengan aman di sana sahabatku. Kami juga bakal menyusul kemudian ke sana juga. Moga kita bersama di syurga nanti.

Moga keluarga Allahyarham terus jadi penerus amalan yang hebat yang tidak terputus dari status kematian ini iaitu doa anak-anak yang soleh.

mati dalam syahid

mati syahid di mekah

Benarnya wahai sahabatku, dikau telah mengotakan janji Rasulullah SAW bahawa;

"Janganlah kamu bersusah payah untuk melakukan satu-satu pemusafiran kecuali ke tiga masjid, Masjidil Haram, Masjid Rasulillah SAW dan Masjidil Aqsa".

Dikau disaksikan oleh Allah dan Malaikatnya serta orang-orang beriman.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ

Demikian itu kami telah jadikan kamu sebagai umat yang sederhana untuk menjadikan saksi/syuhada’ kepada manusia dan dalam masa yang yang sama dijadikan Rasul itu sebagai saksi ke atas amalan-amalan kamu.

االهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه..

Jom sedekah buatnya satu bacaan Al-fatihah. Amin.

Sungguh hebat kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Zamri ini. Sesungguhnya hanya mereka yang terpilih sahaja akan mendapat kelebihan begini. - www.koleksiviral.com

(VIDEO) Viral Pelajar Sedang Solat Ketika Rakannya Sedang Menyanyi Di Pusat Karaoke

Solat dalam pusat karaoke

Viral satu rakaman video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan sedang menunaikan solat sementara rakannya sedang menyanyi di belakangnya dipercayai sebuah pusat karaoke yang tidak diketahui lokasinya. Remaja perempuang yang lengkap bertelekung itu seolah tidak mempedulikan keadaan di sekelilingnya.

Menerusi rakaman video tersebut kelihatan pelajar yang lengkap berpakaian seragam sekolah memegang mikrofon sambil menyanyi manakala rakannya yang sedang solat langsung tidak diendahkan oleh pelajar yang masih tidak diketahui identitinya.

Video tersebut sehingga kini jadi viral di laman sosial serta turut menarik perhatian netizen yang rata-rata di antara mereka masing-masing mengecam tindakan kedua-dua remaja perempuan berkenaan yang disifat seolah mempersendakan keadaan.

Ekoran video tersebut tersebar secara meluas dan turut menarik perhatian Setiausaha Bahagian Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), Asrorun Niam yang menyatakan, secara prinsipnya solat yang dilakukan remaja tersebut adalah sah sekiranya memenuhi syarat dan keharmonian, lapor Detik.com.

Beliau menambah, solat juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi tempat untuk menunaikan solat itu didapati suci serta bersih daripada sebarang kotoran. Solat menjadi sah jika memenuhi syarat dan rukunnya, jelasnya.


Ramai netizen yang turut mempersoalkan mengapa remaja perempuan berkenaan memilih untuk menunaikan solat di kawasan yang masih diragui tahap kebersihannya dan pastinya masih ada lagi tempat solat yang lebih baik bukannya di pusat karaoke.

Mereka juga  berpendapat, sepatutnya remaja perempuan tersebut boleh bertanyakan kepada semua pekerja pusat karaoke berkenaan dimanakah tempat solat yang lebih sesuai atau berdekatan dengan pusat karaoke tersebut untuk menunaikan solatnya.

Asrorun Niam turut menegaskan bahawa sebagai seorang Islam adalah wajib untuk kita memastikan tempat untuk kita menunaikan solat adalah bersih selain mementingkan kekhusyukkan dalam solat agar solat yang kita dirikan lebih sempurna dan sah. - www.koleksiviral.com

(VIDEO) Muka Hensem Tapi Sanggup Curi Dalam Masjid Masa Jemaah Sedang Sujud - Netizen

Curi dalam masjid

Zaman sekarang kerana terdesak dan duit, ramai yang sanggup mencuri tanpa mempedulikan akibat perbuatan itu. Kegiatan mencuri berlaku di mana-mana saja dan kerana inginkan pendapatan yang cepat, pencuri sanggup mencuri walaupun di dalam masjid biarpun ramai orang atau jemaah masjid berada di dalamnya.

Mencuri Dalam Masjid Masa Jemaah Sujud


Perkongsian seorang lelaki di laman Facebook telah menarik perhatian ramai netizen apabila rakaman video yang dikongsi beliau memaparkan kegiatan seorang lelaki yang kononnya sedang menunaikan solat bersama jemaah lain sanggup mencuri sebuah beg ketika semua jemaah sedang melakukan sujud.

Menurut perkongsian tersebut, kejadian itu berlaku di sebuah surau di Surau Dagang Avenue, Ampang yang dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Pencuri tersebut langsung tidak menyedari bahawa perbuatannya itu telah dirakamkan yang menunjukkan jelas dan terang wajahnya.

Mana sifat malu dalam diri?
Abang grab food tu solat pakai kain pelikat. Habis semua seluar dia , HP dia, wallet dia, kunci motor dia semua dalam beg tu.

Kesian. Namun syukur Alhamdulillah, ada derma kilat untuk membantu dia semalam. Kes kejadian curi semalam berlaku di Surau Dagang Avenue Ampang, waktu maghrib semalam. Dia curi beg rider Grab Food.

Aduhhh, macam-macam dunia ni, muka hensem, tapi..
Viralkan video dan muka mamat pemalas kerja ni sampai kena tangkap!!
Semoga Allah beri hidayah pada LELAKI tersebut. - Hamada Al Ishmel

Suspek dikatakan telah mencuri segalas beg yang mengandungi kunci motor, wallet, handphone dan juga duit milik seorang pekerja Grab Food. Malahan, dalam beg tersebut juga terdapat seluar milik lelaki berkenaan yang menunaikan solat menggunakan kain pelikat.


Walau bagaimanapun, malang bagi pemilik beg berkenaan kerana beliau hanya tinggal sehelai sepinggang setelah beg miliknya dicuri dan difahamkan derma kilat dari jemaah masjid yang menderma kepadanya telah membantu dan menyelamatkan lelaki berkenaan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengecam tindakan pencuri berkenaan kerana melakukan perbuatan mencuri itu di dalam masjid. Malahan ada yang berpendapat wajah pencuri itu agak sempurna dan handsome namun siapa sangka beliau adalah pencuri dan sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. www.koleksiviral.com

(VIDEO) Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri & Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun OKU



Viral di laman sosial sebuah rakaman video yang memaparkan satu aksi pemandu kereta jenis Myvi berwarna biru KEB7975 yang memandu secara memberhaya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan orang yang lalu lalang didapati rosak akibat pemanduannya yang melulu.

Menurut sumber yang memuatnaikkan rakaman video ini, pemandu tersebut dikatakan terbabit dalam satu kes samun seorang OKU dan dalam usaha untuk melarikan daripada orang ramai yang mengejarnya kerana menyedari perbuatan lelaki terbabit menyamun.

Menerusi paparan video yang dirakamkan oleh saksi kejadian, kereta yang dipandu suspek telah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas jalan raya sehingga mendesak suspek menyelit melalui ruang tengah jalan antara dua lorong sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan lain.

Difahamkan, ramai pemandu kereta yang berada di jalan raya berkenaan tidak menyedari bahawa suspek ingin melarikan diri sehingga menyebabkan mereka memberi laluan kepada suspek yang memandu Myvi, namun tindakan pantas beberapa orang awam yang mengejarnya suspek akhirnya berjaya ditangkap.



Posted by Mohd Zubir Mohd Zubir on Friday, December 13, 2019




Posted by Mohd Zubir Mohd Zubir on Friday, December 13, 2019




Posted by Mohd Zubir Mohd Zubir on Friday, December 13, 2019


Suspek juga telah berjaya ditahan oleh orang ramai yang membantu untuk menangkap suspek setelah didapati melakukan kesalahan. Sehingga kini suspek dikatakan telah dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut. - www.koleksiviral.com

Viral Perkahwinan Wanita Ini Tamatkan Zaman Bujang Di Usia 56 Tahun

Viral pengantin usia 56 tahun

Memang betul orang kata, jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allh SWT. Jika berjodoh walau pergi ke mana sekalipun pasti akan bertemu dan bersatu. Inilah yang berlaku terhadap seorang wanita yang masih belum berkahwin berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Hajah Hawang.

Majlis perkahwinan Hajah Hawang berlangsung dengan kehadiran ramai orang diadakan di Sulawesi Tenggara, Indonesia dan telah selamat dinikahkan dengan seorang lelaki berstatus duda tanpa anak yang dikenali sebagai Sirajuddin.





Setelah lama membujang, akhirnya Hajah Hawang bersetuju untuk menamatkan zaman bujangnya di usia 56 tahun dengan seorang duda. Biarpun kedua-dua pasangan pengantin ini agak berusia, majlis perkahwinan yang diadakan sangat meriah dan heboh satu kampung malah viral di laman sosial.

Lebih memeranjatkan apabila pengantin perempuan kelihatan sangat cantik dan dikatakan nampak lebih muda daripada usianya setelah disolek dengan rapi. Manakala, busana yang digayakan juga nampak begitu anggun dan menyerlahkan kejelitaannya. Rata-rata tetamu yang datang masing-masing memuji dan senang dengan kedua-dua pengantin ini, lapor Tribunnews.











Hajah Hawang dan Sirajuddin

Perkahwinan mereka kini menjadi topik hangat di laman sosial serta turut menarik perhatian netizen yang mengkagumi kedua-dua pengantin ini yang dikatakan amat serasi dan secocok bagai pinang dibelah dua. Ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka serta ingin melihat mereka terus gembira dengan status mereka yang terbaru. - www.koleksiviral.com

Budak 6 Tahun Memandu Kereta Jenis Golf Type R Jadi Viral di Laman Sosial

Budak pandu kereta

Viral di laman sosial satu rakaman video dan beberapa gambar yang memaparkan seorang budak lelaki dipercayai berusia 6 tahun memandu sebuah kereta sport dengan laju sambil ditemani oleh seorang lelaki yang berada di sebelahnya.

Video viral itu telah mengejutkan rata-rata netizen di laman sosial apabila budak lelaki tersebut yang masih berusia 6 tahun tetapi memandu kereta sport berkenaan dengan kelajuan yang tidak sepatutnya.

Menerusi video yang dirakam oleh seseorang lelaki itu dapat dilihat kanak-kanak lelaki terbabit langsung tidak memakai tali pinggang keledar sebelum terus memecut laju kereta jenis Golf Type R berkenaan.

Kereta sport warna biru

Walau bagaimanapun, turut kedengaran perakam video tersebut turut menyuruh budak lelaki berkenaan supaya tunjukkan bagaimana kebolehannya dapat mengendalikan pacuan 4 roda tersebut selain dapat didengar lelaki tersebut bertanyakan usianya lantas dijawabnya 'enam'.


Menurut laporan Metro UK, rakaman video kanak-kanak yang sedang memandu uji kereta tersebut dengan pusingan sebanyak 4 kali, pada mulanya tular di laman Instagram sebelum disebarkan ke seluruh laman sosial serta menarik perhatian ramai netizen.

Rata-rata netizen masing-masing mempunyai pendapat mereka tersendiri malah ada yang turut mengecam memandangkan sebagai seorang kanak-kanak dia tidak sepatutnya memandu apatah lagi dalam kelajuan sebegitu kerana bimbang mengancam nyawanya kanak-kanak lelaki terbabit.

budak kecil bawa kereta

Lebih mengejutkan, dalam laporan yang sama dapat dilihat gambar yang memaparkan kanak-kanak yang sama turut memandu sebuah kereta dipercayai jenis Land Rover yang dikatakan pada ketika itu dia berusia 4 tahun yang mana turut tersebar sebelum ini. - www.koleksiviral.com

(Video) Ikan Berwajah Manusia Ditemui Kini Jadi Viral Di Laman Sosial

Sesuatu yang ganjil pasti akan menarik perhatian orang ramai apatah lagi jika perkara itu yang belum pernah dilihat orang. Itulah yang berlaku kepada seorang pelancong yang telah pergi ke sebuah perkampungan di selatan China apabila beliau menemui seekor ikan berwajah manusia.

ikan berwajah manusia

Menurut Daily Mail yang melaporkan perkara ini, ikan tersebut adalah sejenis ikap yang rupanya seakan-akan manusia jika dilihat dari dekat. Ternyata ikan tersebut seperti wajah manusia seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan video.

Pelajar Ditawarkan Kerja Gaji RM6000 Layan VIP 4 Kali Sebulan

lelaki menyamar di Facebook

Kecoh di laman sosial apabila seorang pelajar perempuan yang akan menjalani peperiksaan SPM ditawarkan satu pekerjaan untuk separuh masa oleh seorang lelaki yang menjanjikan akan mendapat pulangan hasil yang banyak dengan melayan golongan VIP.

Menurut Mimie Mieza, individu berkenaan yang dikenali sebagai Azlan itu telah menghubunginya menerusi Facebook Messenger dan menawarkan kerja dengan pendapatan sebanyak RM6000 sebulan dan hanya perlu berkerja selama 4 kali dalam sebulan.

Melalui perkongsian remaja berkenaan yang mendedahkan perbualannya dengan lelaki berkenaan, Mimie pada mulanya menyangkakan individu terbabit menawarkan kerja biasa. Tetapi secara tiba-tiba lelaki itu mengatakan bahawa Mimie perlu melayani pelanggan dari golongan VIP yang mahukan perkhidmatan badan.

Lelaki itu juga menyatakan setiap seorang pelanggan yang dilayani oleh Mimie akan dibayar sebanyak RM1500 kepadanya dan lokasi untuk melakukan aktiviti terkutuk itu dikatakan di sebuah hotel pada setiap waktu malan pada hari cuti dalam jangka masa selama 2 hingga 3 jam.

Mimie mula mengesyaki niat sebenar lelaki berkenaan dan beliau dengan segera mempermainkannya dan berpura-pura mengatakan bahawa kerja yang ditawarkan itu adalah berkaitan dengan aktiviti mengurut atau mencabut uban.

Lelaki yang bernama Azlan itu menegaskan bahawa pelanggannya bukan dari golongan tua sebaliknya mereka yang dari kalangan VIP yang berumur bawah 30 tahun yang mana pelayan perlu melayani kehendak nafsu pelanggannya itu.

Melalui perbualan yang dikongsikan itu Azlan dilihat seperti mensasarkan mangsanya dari golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Johor.































Perbualan antara Mimie dan Azlan tamat juga akhirnya selepas Mimie menunjukkan gambar daripada Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mungkin telah menakutkan lelaki berkenaan sehingga beliau turut menyahaktifkan Facebook miliknya.

Orang ramai terutamanya wanita dan remaja perlu berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran walaupun mendapat pulangan yang lumayan kerana perkara sebegini akan merosakkan masa depan anda sendiri dan akan membinasakan kehidupan anda. Segeralah laporkan perkara sebegini kepada pihak polis jika ia berlaku kepada anda.